Nuffnang

Followers

Friday, August 2, 2013

Alam Selepas Menamatkan Pengajian Di Politeknik

Assalamualaikum semua!

Hari ni Kuntum nak berkongsi sedikit dengan anda semua mengenai alam selepas tamat pengajian di PTSS yang tercinta...

Alhamdulilah, selepas 3 tahun pahit, manis, suka, dan duka akhirnya, kuntum dah berjaya menamatkan pengajian di PTSS. Macam-macam perkara yang dah diharungi oleh kuntum dan masih jauh lagi perjalanan yang perlu dilalui oleh kuntum untuk berjaya.

Untuk pengetahuan korang, kuntum berada dirumah selama beberapa hari sahaja, tak sampai seminggu, kemudian kuntum mendapat panggilan daripada sebuah syarikat untuk sesi temu duga.
Sesi temu duga tersebut diadakan di Damansara, jadi kuntum pun hanya membawa 3 helai pakaian bersama beberapa sijil untuk sesi temuduga tersebut. Untuk pengetahun korang, sesi temu duga tersebut diadakan bersama 9 orang yang lain, 8 orang daripada mereka adalah rakan seperjuangan kuntum, dan lagi sorang tu kuntum tak pasti daripada mana.

Setelah selesai sesi temu duga tersebut, alhamdulilah, Kuntum ditawarkan bekerja di syarikat tersebut bersama seorang kawan lagi iaitu abang long/abang e.
Nasib baik ada Abang Long, kalau tak, kuntum tak tahu nak duduk dengan siapa, pengangkutan macam mana nak pergi kerja.

Pengalaman hidup di Kuala Lumpur

Seperti yang korang sedia maklum, sekarang ni Kuntum dah duduk di Kuala Lumpur,
jadi ada pelbagai dugaan dan kesukaran yang dihadapi

Jalan Sesak
Mungkin ini merupakan perkara biasa bagi penduduk kota, namun kuntum rasa, kuntum perlu membiasakan diri lagi dengan keadaan macam ini. Tapi kuntum tak rasa sangat sebab kuntum pergi kerja dengan abang long dengan menaiki Motor!! hahaha, jadi tak terasa sangat.

Sesat
Selain daripada kesesakan lalu lintas disini, Kuntum kadang kala terpaksa pergi ke sesuatu lokasi dengan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa. Kuntum selalu sesat bila berada disini, malah sampai sekarang Kuntum belum mahir mengenai selok belok disini.
Jadi penggunaan teknologi amat penting bagi mereka yang baru di Ibu Kota. Macam Kuntum yang naik motor ni, tak de la terasa sangat keperitannya. namun bagi yang menaiki kereta rasanya amat terasa keperitannya kerana perlu menghadapi kesesakan lalu lintas dengan tol lagi dan sebagainya.

Mahal
Pada permulannya, kuntum amat terkejut dengan harga makanan disini yang sangat berbeza dengan harga makanan di Perlis mahupun di Johor. Kerana Harga disini agak mahal jika nak dibandingkan di Perlis dan Johor. Namun setelah beberapa ketika, Kuntum dapat agak perbelanjaan disini, dan tahu kedai mana yang berpatutan. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang memberitahu tempat2 yang berpatutan disini.

Tempat Tinggal
Untuk pengetahun korang, selepas sebulan tinggal bersama abang long, Kuntum terpaksa membawa haluan sendiri berikutan keluarga abang long telah kembali menghuni rumah tersebut. Jadi kuntum terpaksa berpindah randah dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Permulannya kuntum menumpang dirumah Mamad, seorang kenalan Pejabat. kemudian menumpang dirumah seorang senior di Ptss, kemudian menumpang dirumah Abang Kassri, abang kasri ni sangat baik orangnya, tapi disebabkan rumahnya yang terletak di Ampang, maka kuntum pun memutuskan untuk tinggal di Pejabat sahaja.

Kawan
Kuntum beru sahaja tiga bulan Di Kuala Lumpur ini, dan selain daripada kawan di Pejabat dan Kawan Kolej, Kuntum tidak ada kawan so pada  permulannya kuntum  tidak rasa apa-apa. Namun kadang kala bosan jugak, sebab bila jumpa kawan pejabat conform sembang pasal hal pejabat, bila jumpa kawan kolej, conform sembang pasal masa lalu. Hahahaha

Ada banyak lagi sebenarnya yang ingin dikongsikan bersama anda, Kuntum akan Kongsikan pada Post yang seterusnya ok kengkawan?

Daa..... 

1 comment:

Nuffnang