Nuffnang

Followers

Thursday, March 21, 2013

Semester Akhir Produksi Akhir Projek Akhir

Assalamualaikum semua

Apa Khabar? Sihat?

Memandangkan aku dah lama x menghupdate blog kesayangan ini, hari ini tiba-tiba terlintas hati nak menghupdate blog ini.


Tajuk Entry kali ini adalah Semester Akhir & Final Picture's Production

Alhamdulilah, semester ini untuk subjek Video Media Projek aku dapat menghimpunkan barisan-barisan ataupun insan-insan yang mempunyai kepakaran yang tinggi dan komitment yang tinggi walaupon ada seorang tu x berapa nak tinggi sangat.... haha sory ye Naz.. Gurau kasar... Apa yang aku maksudkan, untuk semester 6 aku dapat satu group dengan Rifa'ie, Suhaimi, Rozaimy & Nazirul Nizar.


Final Projek kami adalah sebuah filem pendek yang bertajuk "Tapi Mengapa"
Alhamdulilah, dah selesai proses pengambaran yang sangat menyeronokkan walaupun menghadapi cabaran dari segi peralatan pengambaran yang tidak mencukupi.
Disini kami terpaksa berfikir secara kreatif dan kritis bagi menghasilkan shot yang cantik.
Lighting ada 2 sahaja iaitu 8oo w ngan lampu kali... lampu kali tu adalah lampu kalimantang.. Hahaha


Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung or tak langsung...

Terutama sekali kepada team member's saya
Rifa'ie, Suhaimi, Rozaimy, & Abang bonet iaitu Nazirul Nizar


Kepada para pelakon,
Kak Hanan daripada artis budaya Kedah (Import dari A.Star)
Luqman Hakim
Farahnabila
Umira Zaidi
dll


Kepada kengkawan yang support kami
Syahmi Samad
Zulhilmi Rashid
Mustafa Kamal
Najmi
Azam Aziz
Member2 Kelas
Abang Khairi yang dok pening nak cari barang kami
Penyelia kami iaitu En Shamzuri Yaakob


Dan kepada semua yang terlibat la...

Cerita ini idea asal daripada En Mohd Rifa'ie dia juga selaku pengarah bagi filem pendek Tapi Mengapa ini.
Proses suntingan pun alhamdulilah dah hampir selesai.
Bagi filem pendek ini, aku memikul tanggungjawab sebagai Pengurus Produksi dan juga sebagai Jurutera Bunyi.. hahaha macam gempak je bunyinya...


Shooting kali ini mencabar aku dari segi nak mengendalikan bunyi kerana kami terpaksa menggunakan Wireless Mic, dan juga terpaksa menggunakan mixer untuk tujuan tersebut. Lokasi kami shooting di Homestay Pulau Pisang dan juga di sekitar kawasan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Perlis Khususnya Di Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual.



Harapan aku untuk filem pendek ini adalah semoga filem pendek ini akan disukai, digilai dan diharapkan Karya Terakhir bagi Semester terakhir dan juga Produksi terakhir di Politeknik ini akan menjadi kenangan terindah dan dijadikan panduan dan pedoman kita bersama hahaha... Sebab banyak nilai2 murni, isi-isi tersirat dan tersurat didalam Filem Pendek Tapi Mengapa ini.

Nuffnang