Nuffnang

Followers

Saturday, January 12, 2013

Pelajar Rimas Tiada Air (Harian Metro)

Assalamualaikum semua
Entry kali ini saya nak update mengenai Krisis air yang dihadapi oleh pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Perlis

Masalah ini sering terjadi pada setiap semester dan  dilalui oleh semua pelajar PTSS yang menetap didalam kamsis. Pada kebiasaannya, masalah ketiadaan air ini akan dialami sekitar 2 hingga 3 hari pada awal dan juga akhir semester. Namun pada tahun ini, masalah ini belarutan sehingga 2-3 minggu dan menyebabkan kesukaran pada para pelajar.

Yang membuatkan para pelajar lebih kecewa adalah kerana tiada makluman dan info mengenai perkara ini dan tiada penjelasan dari mana-mana pihak. Ada beberapa tindakan yang diambil oleh para pelajar yang tidak tahan dengan perkara ini, antaranya menghubungi pihak penyelengaraan PTSS, pihak JKR, dan macam-macam lagi.

Hari ini perkara tersebut terpapar didalam Surak Khabar Metro m/s 45


Saya hanya membuat apa yang mampu, memandangkan saya duduk diluar kamsis, saya tidak dapat membayangkan apa yang dilalui oleh para pelajar PTSS yang mengalami masalah ini, saya hanya sempat duduk didalam kamsis selama 2 semester sahaja, dan hanya mengalami masalah ketiadaan air dalam 2-3 hari sahaja, namun itu pun sudah cukup menyiksakan dan memeritkan

Muhammad Hazieq Mohd Sanat

Perkara ini sememangnya amat menyiksa para pelajar, dan apabila para pelajar tidak tahan sabar, pelbagai tomahan, kutukan, cacian dan sebagainya dilemparkan kepada pelbagai pihak.
Saya yakin, pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pasti menerima tekanan daripada pelbagai pihak, antaranya daripada Pelajar, Ibu bapa pelajar, Pihak Kementerian dan pelbagai lagi pihak yang saya tidak ketahui. Walaupun perkara tersebut saya rasa bukan berpunca daripada mereka, namun mereka yang terpaksa menanggung segala kemarahan daripada pelbagai pihak.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar juga tidak terlepas daripada menerima komen dan kritikan mengenai masalah ini



Setelah hampir 2 minggu masalah ini berlaku, akhirnya satu kenyataan daripada Ir Chow Chin Khoon Penolong Pengarah Bekalan Air JKR Perlis diterima



Persoalannya sekarang, mengapa makluman ini tidak diberitahu kepada pihak PTSS lebih awal? mengapa tunggu sehingga orang ramai atapun para pelajar membuat aduan?
Pada pandangan saya, para pelajar akan lebih bersedia dan boleh membuat perancangan yang tersendiri sekiranya perkara ini diberitahu lebih awal.

Yang membuatkan masalah ini lebih rumit ialah, para pelajar menyangkakan ketiadaan air hanya memakan masa 2-3 hari, namun apabila jangkaan itu salah, ianya menimbulkan pelbagai masaalah. Air merupakan sumber yang sangat penting. Adakah pihak yang seharusnya bertanggung jawab akan bertanggung jawab apabila masalah ini kian parah sehingga mengakibatkan kematian?

Pada pandangan saya, para pelajar dinasihatkan bersabar dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masaalah ini dengan sendirinya dan tidak mengharapkan bentuan daripada mana-mana pihak, ini akan menunjukkan bahawa pelajar PTSS merupakan pelajar yang berdikari dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi kerana boleh memikirkan penyelesaian sendiri. Krisis air ini merupakan salah satu cabaran yang anda semua perlu dan harus tempuhi, dan tidak semua pihak dapat melalui pengalaman ini. Hadapilah dengan tenang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Semua!
Kepada yang belum mengundi blog saya untuk Malaysia Sosial Media Awards 2013 (msmw) jom register di http://www.socialmediaweek.com.my/2013/awards/signup.php#target

Selepas mendaftar, pilih Favourite Photography Blog
Dan Klik Vote di ajit171.blogspot.com
Terima Kasih


No comments:

Post a Comment

Nuffnang