Nuffnang

Followers

Friday, January 4, 2013

Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Bunuh Diri


Assalamualaikum Semua

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai berita yang sangat mengejutkan banyak pihak dan sangat menduka citakan banyak pihak terutamanya Warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Perlis. 

Kejadian ini berlaku pada 3 Januari 2013, Seluruh warga PTSS dikejutkan dengan berita ini, termasuklah saya. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.



ARAU: Perasaan tidak sedap hati teman lelaki kepada seorang pelajar perempuan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), dekat sini, ternyata berasas apabila dia menemui mayat teman wanitanya itu yang dipercayai membunuh diri, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, misteri kehilangan Prema Parthiban, 20, sejak dua hari lalu menjadi tanda tanya sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat wanita itu dalam bilik di tingkat empat Blok A asrama perempuan PTSS, di sini.


 Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ishak Baharum berkata, mangsa yang berasal dari Kulim, Kedah dipercayai tidak hadir ke pejabat tempat dia melakukan latihan amali sebelum pihak penyelia dengan bantuan teman lelakinya mencarinya.
 

Menurutnya, usaha mencari mangsa bermula sejak awal pagi sebelum mereka ke biliknya dan ternampak mayat seorang wanita tergantung dan mengesahkan ia adalah Prema.

“Mangsa dipercayai menggantung diri menggunakan kain sari pada kipas siling. Siasatan dipercayai mangsa sudah mati sejak lapan jam lalu,” katanya.


Mayat mangsa ketika itu berpakaian lengkap dengan baju t-shirt dan seluar trek tanpa menemui sebarang kesan pergelutan di dalam bilik berkenaan, tetapi terdapat kesan lebam di leher mangsa akibat jerutan sari yang digunakannya,” katanya.
 

Menurutnya, pihaknya juga percaya tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi bedah siasat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Semua!
Kepada yang belum mengundi blog saya untuk Malaysia Sosial Media Awards 2013 (msmw) jom register di http://www.socialmediaweek.com.my/2013/awards/signup.php#target

Selepas mendaftar, pilih Favourite Photography Blog
Dan Klik Vote di ajit171.blogspot.com
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Nuffnang