Nuffnang

Followers

Monday, January 14, 2013

Krisis Air PTSS | Tiada Air Kelas Batal

Assalamualaikum semua


Entry pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai Krisis Air PTSS dimana pada hari ini 14 Januari 2013 satu lagi berita mengenai isu ini telah keluar di Berita Harian

Keratan akhbar Berita Harian (14 Januari 2013)

Pada hari ini juga bekalan air di PTSS beransur pulih dan para pelajar dapat menggunakan kemudahan air dengan sempurna. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus dalam menyelesaikan masalah ini.


Tajuk yang keluar di Berita Harian ini mencetuskan kontroversi dan boleh disalah ertikan, namun apabila sesuatu perkara itu menjadi perhatian, perkara itu akan menjadi keutamaan.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin atau PTSS telah menjadi Trending di Twitter pada petang tadi berikutan dengan pelbagai situasi yang berlaku di PTSS


Mungkin ada sesetengah pihak yang menyalah erti kenyataan yang ditulis oleh wartawan tersebut, TIADA AIR KELAS BATAL apa yang dimaksudkan ialah, para pelajar PTSS mendapat Cuti pada hari Jumaat yang lalu (11 Januari 2013) sebagai salah satu langkah penyelesaian masalah krisis air ini.


Terima Kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan masalah ini, terutamanya pihak pengurusan PTSS yang banyak mengalami tekanan daripada pelbagai pihak semasa menangani krisis ini, dan diharapkan perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Kepada semua warga PTSS dugaan yang datang ini, bukan calang-calang orang yang boleh hadapinya, Tahniah kepada semua yang telah melalui masalah ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Semua!
Kepada yang belum mengundi blog saya untuk Malaysia Sosial Media Awards 2013 (msmw) jom register di http://www.socialmediaweek.com.my/2013/awards/signup.php#target

Selepas mendaftar, pilih Favourite Photography Blog
Dan Klik Vote di ajit171.blogspot.com
Terima Kasih






 Jom baca entry sebelum ini, Pelajar Rimas Tiada air (Harian Metro)

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas keprihatinan anda.. Dah tukar dah..

    ReplyDelete
  3. Isu kelas dibatalkan sensitif kat pensyarah-pensyarah kot. Sebab diorg kena ganti dan tak boleh cancel kelas sesuka hati.

    ReplyDelete
  4. good luck 4 ur favourite photography blog in social media awards!!hope ur win!!^o^

    ReplyDelete

Nuffnang