Nuffnang

Followers

Friday, December 28, 2012

Aspaing | Abang Long | Rifa'ie ( Siapa Kenal?)

Assalamualaikum Semua!
Setelah sekian lama saya tak photoshoot! Akhirrnya pagi tadi diberi kesempatan olehNYA untuk membuat sesi photoshoot bersama seorang sahabat saya yang bernama Mohd Rifa'ie


Kalau korang nak tahu, inilah Mohd Rifai'ie ataupun lebih dikenali dengan panggilan eee | Abang Long | dan nama faceboook dia Aspaing Feeble.. hahaha cari ler...


Sepanjang 6 Sem saya kenal dengan rifa'ie ni, pelbagai bakatnya telah ku ketahui hahaha... itu baru sikit
Rasanya ada lagi yang saya tak tahu mengenai dirinya

Dia seorang yang merendah diri, tenang, cool, JIWANG TAHAP KARAT, stedy, Senang cerita seronok ar berkerja dengan dia. Dia antara orang yang saya selesa kerja bersama. Kami pernah berkerja sebagai Production sejak daripada Semester 3 untuk penghasilan Iklan Khidmat Masyarakat Masa Ayah


Abang Long ni dia orang Ganuu haha... saya pernah sampai ke gannu tu sekali je, tu pun masa kem athelit masa tingkatan 2 dulu.
Cerita pasal sukan ni, untuk pengetahuan korang, abang long ni dia teror main Squash. Dia pernah jadi Juara Squash Peringkat Politeknik Malaysia. Kiranya kalau kat Seluruh Politeknik Malaysia, dia la pegang bagi acara Squash


Selain daripada Squash, Abang Long ni jgk pandai main skate board!... haha
Saya pun macam tak percaya je abang long ni pandai main bende tu. Tapi dia kata, dah lama tinggal.
Senang cerita dia ni pantang dicabar! Kalau dicabar tambah kene perlekeh, siap la...


Selain daripada pandai main Squash + Skate Board, dia ni juga pandai main gitar! Tgk je la dia pegang macam mana kan... haha 
Dialah juga yang mengajar saya bermain gitar. Daripada tak tau apa-apa, sampai la boleh kenal note.. tapi tu pon x katam lagi.


Lupa nak bagi tahu, kami satu kelas, dalam Diploma Pengajian Video & Filem. 
Untuk semester akhir ini, saya dengan abang long masih dalam satu kumpulan yang sama. Kali ini dia Jadi Pengarah, saya jadi Pengurus Produksi
Sebenarnya tajuk filem pendek kami belum di pastikan lagi. Saja je letak tajuk tu. Kerana Kasih Dia


Info yang aku baru dapat tahu tadi. dia ni juga boleh ebrmain Golf! bukan calang-calang orang boleh bermain permainan tersebut.. Tapi tak tau la dia teror ke expert macam Tiger Wood


Sebenarnya kami x plan pon nak buat sesi photoshot. Gambar ini diambil pada pagi tadi semasa saya ambil abang long ni dari stesyen bas Kangar. Maklom ler baru balik cuti. kebetulan, dia bawa gitar. Jadi dia menggunakan Gitar tersebut sebagai Prop dia. Sempat juga la balon 2-3 lagu.


Rasanya sampai sini saja la saya bercerita mengenai Abang Long ni. Kepada gadis-gadis yang meminati abang long ni dan nak berkenalan, korang boleh cari kat facebook aspaing feeble..
ataupun nak lebih mudah 




Thursday, December 13, 2012

Entry Gambar 12.12.12 (Gunung Jerai)

Asalamualaikum Geng!

Memandangkan aku tengok ada beberapa blog yang menayangkan entry gambar 12.12.12
aku pun teringin jugak nak menghupdate gambar.

Gambar pada kali ini aku ambil di Gunung Jerai ketika aku bertapa kat sana selama dua hari





Untuk pengetahun korang, ini adalah pertama kali aku menggunakan Slow Shutter.
Sungguh indah ciptaan Allah
Kepada sesiapa yang tidak pernah ke Gunung Jerai, Korang patut pergi kerana disana pemandangan sungguh indah. Kepada yang tak tahu Gunung Jerai tu dekat mana, Google Map la ye

Sangat mudah kalau korang nak pergi ke Gunung Jerai. Daripada Highway Utara-Selatan korang keluar di Gurun dan ikut ke Sign Board The Ragency Hotel tak jauh dalam 5 km daripada Exit Gurun.


Rumah Keluarga angkat aku terletak 2km menuju keatas Gunug Jerai, Kalau korang nak pergi ke puncak mesti lalu punya rumah tu, Rumahnya Warna Oren. Sebelum sampai ke rumah tu ada bongol. Ramai yang akan berhenti dekat rumah Keluarga Angkat aku tu kerana ada satu kawasan yang boleh melihat pemandangan dari atas rumah tersebut.

Antara gambar yang aku suka. Gambar ini aku ambil berhampiran dengan Puncak Gunung Jerai pada jam 1.45 Tengah Hari. Keadaan berkabus dan macam baru pukul 8 pagi cam tu la.

Itu sahaja untuk Entry pada kali ini. Korang Pernah Pergi Gunung Jerai? Kalau Pernah, korang tahu tak kisah mengenai Lie Purba? Kalau korang tahu, cuba Kongsi sikit kat aku. hehehe

Tuesday, December 11, 2012

Birthday Si Dia


Assalamualaikum Geng!

Entry kali ini mengenai kisah pribadi hidup ku, Kalau nak baca teruskan ler.. hehe

Eby nama panggilannya, manja, manis, comel dan sentiasa membuatkan hati ini gembira, aku cair dengan senyumannya. Hadirnya dia didalam hidupku memberi sinar bahagia dan ketenangan yang tidak pernah aku rasakan. 

 
Tempat perama kali kami bertemu

Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran kami hadapi, namun aku akan tetap bersamanya. Setiap hari ku berdoa agar Jodoh kmi dipercepatkan dipermudahkan. Kadang kadang, aku terfikir, layakkah aku untuk bersama dengan insan sepertinya? yang selalu ada, yang setia dengan aku walaupun aku selalu sibuk, dirinya selalu terabai.

Jiwangnya aku malam ni hahaha... Birthday dia kali ini, aku x de hadiah nak bagi, aku just nyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang kat dia.

Kepada Si Dia, Saya sayang awak sangat-sangat, Selamat Hari Lahir, Semoga akan bertambah Matang hehehe, sentiasa memahami saya, sabar dengan karenah saya, tahan dengan segala dugaan yang datang, bersabar dengan segala macam dugaan, tahun depan saya tak satu tempat dengan awak lagi, saya dah grade (Insyaallah). So macam yang awak cakap, mesti akan jadi macam-macam dengan hubungan kita ini. harap awak bersabar.


Senyum Selalu, kerana senyuman awak tu mampu untuk membuatkan saya gembira walaupun time tu saya tengah serabut dan banyak masaalah.

Senyuman mu menawan, menusuk kalbu! huhuhu


Itu sahaja untuk entry kali ini, bukan senang korang nak tgk aku jiwang karat kan.. hahaha
Korang jangan lupa doakan kebahgiaan aku dengan si Dia! Doakan Jodoh kami dipermudahkan, dipercepatkan ye... Thanks Korang!

Sem Yang Gila, Result Yang Gila!

Asalamualaikum Geng!

Hari ini 11.12.2012 Hari jadi kekasih hatiku huhu, tapi entry yang aku nak postkan ni x de kaitan dengan dia. Mungkin ada sikit, tapi x banyak la. Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi kepada kekasih hatiku iaitu Eby. Semoga happy selalu, jangan stress! jaga diri, kesihatan, dan yang paling penting semoga kita cepat disatukan ewwah! boleh cam tu? haha


Baiklah sebelum ini aku ada post satu entry mengenai sem 5 yang menggilakan. Kali ini aku nak berkongsi dengan korang result yang aku dapat. Tak de la nak berkongsi sepenuhnya. Alhamdulilah, untuk semester ini, Result aku, memang au tidak jangkakan akan dapat seperti itu. Agak terkejut jugak la bila kawan aku msg aku and cakap aku dapat 3.++ hehehe... Thanks kat abang long sebab checkkan result aku, sebab ime tu aku tengah amek gambar kat majlis kawin sepupu aku. Muin dan pasangannya Maria. Alhamdulilah, Kawin muda. Seronok sangat tengok diorang.


Gambar perkahwinan mereka akan ku update untuk entry akan datang... Nantikan... huhuhu

Berbalik kepada cerita asal, Sem 5 adalah semester yang paling gila yang pernah aku hadapi. Pelbagai cabaran pengalaman dan perstiwa yang semakin mematangkan aku lalui dan tempuhi. Setelah result keluar, semua itu aku rasakan berbaloi. Ada yang aku x jangka dapat a, dan ada yang aku jangka dapat a x dapat a. Memang agak Frust, kerana aku dah all out untuk subjek itu. Aku tak pasti dimana silapnya. Jika nak dibandingkan dengan orang lain. Aku rasa aku layak la kot dapat a. Tapi entah, aku pun tak pasti kenapa aku dapat b, mungkin ada aspek lain yang diambil kira. Kalau kerana dokumentasi, aku rasa aku hantar, dan kawan aku yang dapat a tu dia tak hantar. And then untuk kelas lagi satu aku tolong mereka dan buat yang terbaik, walaupun itu kali pertama au buat bende tu. Memang agak terkilan, sebab aku dah banyak berkorban utk subjek tu.Mungkin kerana Hasil Pojek yang hambar, aku tak salahkan sapa-sapa, aku salahkan diri aku sendiri kerana kami tak bekesempatan untuk membuat latihan penuh! Kalau tak kerana kene ke ****lon tu, memang aku rasa sempat la nak wat laihan.

Walau macam mana pun, aku tetap bersyukur sebab result kali ini aku dapat AKJ, ramai juga budak kelas aku yang dapat AKJ, Tahniah buat mereka.


Nasihat aku kepada Junior-junior buat yang terbaik, jangan mengeluh, usaha lebih, jangan malas, cuba berkerjasama, jangan sombong, Dinner kami buat yang terbaik, jangan peningkan diri, hormat orang, hormat Lectrue, hormat senior... korang jangan ingat korang baru balik L.I korang dah hebat!! banyak lagi yang aku nak pesan, tapi sampai sini je la.

Nuffnang