Nuffnang

Followers

Saturday, November 24, 2012

Sem 5 Yang Menggilakan

Assalamualaikum Semua!

Seperti yang dijanjikan, Entry kali ini, aku nak berkongsikan dengan korang semua mengenai kegilaan / kesakitan / keserabutan dan sebagainya yang dilalui oleh Pelajar Semester 5 DDV JRKV PTSS.


Kalau korang semua tanya kat sem 5 sesi Jun 2012, mesti diorang akan cakap benda yang sama. Tidak seorang pun yang akan menafikanya. Kepada sesiapa yang tidak tahu, kami mengguna pakai sukatan pelajaran yang baru. Walaupun sem ini hanya 6 subjek sahaja iaitu : 

English Comunication
Acting Directing
Production In Drama
Sound Design
Production Design
Event Managment

Aku rasa hanya satu subjek sahaja yang tidak berapa membebankan pelajar iaitu English Comunication. Selain daripada itu, semuanya subjek yang sangat mencabar bagi aku, terutamanya

EVENT MANAGMENT
PRODUCTION DESIGN
PRODUCTION IN DRAMA
ACTING DIRECTING

Aku sampai demam masa akhir sem gara-gara dah tak larat.
Untuk semester lima pada kali ini, Production aku ialah Once Xeration Production dan kami menerbitkan Satu Filem Pendek yang bertajuk Leman Tebu dan juga kami mementaskan Sebuah Teater iaitu Semerah Padi.

Untuk Filem Pendek Leman Tebu, aku ditugaskan untuk menjadi TMO iaitu The Making Of. Bagi aku, tugas ini tidaklah begitu mencabar kerana aku pernah buat beberapa kali jenis Video yang seperti TMO. Aku merakamkan semua perbuatan disebalik tabir dengan menggunakan camera kesayangan aku iaitu EOS 550D. Sangat berguna dan banyak berjasa kepada aku. TMO pada kali ini aku buat sepanjag 15 Minit sahaja, walaupun pada asalnya boleh mencecah 1 Jam, namun kerana perlu mengikut kesesuaian jadi aku telah memendekkan TMO tersebut. Bila dah pendek, mungkin ada pihak yang terasa hati sebab mereka tak masuk dalam TMO Leman Tebu. Minta Maaf sangat-sangat. Harap Korang semua Faham.

Once Xeration Production memang satu production yang best, seronok berkerja dengan mereka semua, kerana kami semua satu kelas. Walau bergaduh sekali pun, namun itulah yang membuatkan kami semakin erat dan bertambah mesra. Hahaha. Perangai pon masing-masing dah masak. Jadi agak memudahkan.
Aku sajikan korang dengan TMO yang aku telah buat.


Filem Pendeknya aku malas nak upload. Sebab dalam proses pemohonan untuk meminta kebenaran daripada Nova Music Malaysia berkenaan dengan penggunaan lagu Anak Kampung. E-mail aku dah hantar, namun belum ada sebarang jawapan. Aku behasrat nak menghantar Filem Pendek Leman Tebu ni ke Festival Filem, tapi bila nak publish kat orang umum, kene dapatkan dulu permission untuk lagu tersebut. Silap-silap boleh kene saman. Tak pasal-pasal.


Untuk Subjek Acting Directing, kami dikehendaki mementaskan sebuah Teater, dan kami sepakat memilih Teater Semerah Padi. Teater ini diadaptasi daripada sebuah filem arahan P.Ramlee. Cerita ini sangat menarik, terdapat pelbagai mesej didalamnya. Namun cabaran nak mementaskan sebuah teater ini sangat besar bagi kami. Kami pun baru-baru belajar, jadi terdapat banyak perkara yang kami terlepas pandang. Banyak Risiko yang diambil. Untuk Teater ini, aku bertindak sebagai Pengarah.


Bagi aku, aku sebagai Pengarah Teater Semerah Padi agak kecewa kerana pementasan teater kami tidak begitu menjadi dengan perancangan sebenar. Bagi aku, latihan lebih elok daripada Pementasan teater sebenar. Terdapat pelbagai perkara yang agak memalukan. Aku kecewa dengan diri aku sendiri dan aku minta maaf sangat-sangat kepada kawan-kawan aku kerana telah melibatkan korang dengan permasalahan ini. Korang semua mesti kecewa juga. Kepada yang terlibat, Terima Kasih dan tahniah aku ucapkan. Pengalaman mementaskan Teater bersama korang sangat bermakna. Macam-macam yang kita telah tempuhi bersama. Aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat Syahmi Samad. Aku rasa kalau dia tak ada, memang tak jadi teater tersebut.


En Tarmizi sangat berharap kat Teater Semerah Padi ini, namun apakan daya, kerana tiada Full Dress Rheasel, Teater ini menjadi Huru hara seperti didalam cerita Semerah Padi itu sendiri ketika Kampung Semerah Padi diserang Oleh Borek kerana ingin membalas dendam diatas kematian adiknya si Jejaka.



Aku tak dapat nafikan, jika kami diberi peluang sekali lagi, memang kami akan mementaskan Teater tersebut sekali lagi. Aku rasa semua budak kelas aku sangat iri hati dengan Hasil Teater kelas B iaitu Bawang Besar Bawang Kecil. Teater mereka sangat berjaya, sambutan sangat menggalakkan. Dewan Kuliah Utama penuh masa hari kejadian. Tetamu daripada Taman Budaya Perlis datang, wartwan pun datang. Genere teater mereka Komedi, jadi memang sangat menghiburkan. Untuk pementasan mereka, aku bertindak sebagai Lightingman. Alhamdulilah, satu pencapaian yang membanggakan bagi diri aku, kerana itu adalah pengalaman pertama aku mengendalikan Lighting bagi sebuah Pementasan Teater. Sangat Seronok dan aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja aku. Aku tak dapat nafikan Lighting memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu pementasan. Jika dibandingkan Lighting diantara kedua-dua pementasan memang sangat berbeza. Aku salahkan diri aku kerana tak pergi godeh mixer lighting tu. Sangat menyesal, kerana perkara tersebut memberikan impak yang bersar kepada teater kami. 


Walaubagaimanapun Tahniah kepada Group b kerana berjaya mementaskan Bawang Besar Bawang Kecil dengan jayanya. Tidak kurang hebat bagi group a yang berjaya mementaskan Teater Semerah Padi, walaupun tiada Full Dress Rheasel gara-gara pemintaan orang atasan yang inginkan kami membuat persembahan di C-mart Changloon. Jika kami tidak pergi ke C-mart Changloon, aku percaya, Teater Kami pasti lebih Baik. Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang terlibat.


 Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kini semua itu tinggal kenangan. Dan bila aku strees or tention, aku akan mengingati kembali detik kami mementaskan teater ini. mesti Tergelak.

Yang terakhir, Subjek yang menjadi mimpi ngeri kepada kami iaitu Event Managment. Aku rasa bukan kami sahaja yang mimpi Ngeri, sekali dengan Pensyarah pun mimpi ngeri pasal Subjek ni.

Subjek yang sangat mencabar dari segi mental, emosi, jiwa, raga dan sebagainya.
Tapi kebaikannya, kami dapat mengenali antara satu sama lain. Maksudnya kalau tidak kerana subjek Event Managment ini, aku rasa sampai sekarang aku tak kenal dengan budak kelas dds. Kenal Hati Budi diorang, kenal siapa yang boleh buat kerja. Seronok sebenarnya berkerja dengan diorang. Macam-macam idea dan pendapat daripada mereka. Secara tidak langsung subjek ini membuatkan kami semua semakin erat dan kerjasama diantara kami semakin baik. Event yang kami anjurkan semester ini ialah Program Merdeka Raya, Viscom Show dan yang terakhir Dinner ataupun malam Pragraduan Semester akhir. Viscom Show masuk Berita Tv 1. Jom Layan Dulu


Aku sebagai Student JRKV sangat berbangga dengan pencapaian yang kami lalui dan hadapi. Bukan mudah nak menguruskan Event ini. Tapi itulah yang kami buat. Untuk Subjek ini kena ada seorang yang betul-betul boleh memimpin dan mengawal anak buahnya. Kalau tak memang bergaduh la jawapannya. Perbalahan bukan penyelesaian. Aku tak tahu macam mana sem akan datang menghadapi dugaan yang kami lalui. Kerana setahu aku, mereka semua tak macam kami. Hahaha

Selamat berjaya kepada semester akan datang. Tapi kebiasaanya apa yang kami lalui tidak sama dengan apa yang mereka akan lalui. Maksudnya, apa yang mereka lalui lebih mudah berbanding kami, kerana para pensyarah sudah mengenal pasti dimana kurangnya dan kelemahan semasa mengendalikan batch kami. Jadi mereka selalunya tidak lalui apa yang kami lalui dan kesukaran yang kami lalui. Bagi aku, rugi kepada mereka yang tidak melalui apa yang kami lalui.

Kesimpullannya sem 5 adalah sem yang menggilakan dan tahniah kepada kami yang dah laluinya. Hahaha Semoga berjaya kepada bakal-bakal sem 5 JRKV.

Terima Kasih dan penghargaan aku nak berikan kepada para pensyarah kami yang sangat Sporting terutamanya kepada Cik Izani, Cik Aisyah, En Tarmizi, Pn Jun, En Ezar, En Fairuz, Pn Sathya, En Safirol, Pn Afifah (Baru Kawin) dan semua lect yang memberikan sokongan dan panduan kepada kami.

Sem depan adalah semester terakhir aku, Cabaran Baru, Kerja Baru dan tak sabar nak menghadapinya.

p/s : Kepada siapa yang baca sampai habis Terima Kasih. Aku rasa ini adalah Entry terpanjang aku. Hahaha

5 comments:

  1. Memang sem yang paking giler penah dilalui setakat ini, hahahahahaha.

    ReplyDelete
  2. hahaha... tau x pe... alhamdulilah kita berjaya harungi..

    ReplyDelete
  3. mcm best je course korang. tp mesti byk pakai duit enn?

    ReplyDelete
  4. nebes nk naek sem 5 eh tetambah ada Production In Drama,Event Managment hadoi >.<

    ReplyDelete

Nuffnang