Nuffnang

Followers

Sunday, October 7, 2012

Aku Tetap Aku

Assalamualaikum Semua!

Hari ini aku nak berkongsi luahan hati dan perasaan aku
Entah kenapa sejak dua menjak ini, aku rasa tidak bersemangat
Masaalah demi masaalah aku hadapi dan lalui, adakah kerana diri ku sendiri? ataupun sebagai pembalasan kepada ku.

Aku seperti kehilangan, walaupun aku dikelilingi dengan kawan,-kawan, teman-teman dan juga yang pasti orang tersayang.

Aku akui untuk semester ini aku sengaja mahu mendiamkan diri, untuk melihat potensi dan kehebatan kawan-kawan ku yang lain selepas mereka pulang daripada latihan industri, namun kadang-kala aku rasa aku terlebih malas, tidak berusaha bersunguh-sungguh, dan membiarkan masaalah itu datang kepada aku.

Aku juga manusia biasa, kadang kala aku mampu menahan, namun kadang kala juga aku tewas dan memerlukan masa untuk pulih. Hari demi hari yang ku lalui terasa terlalu laju, ramai yang mengadu mengenai tingkah-laku aku. Aku Sedar dan aku akuui perkara tersebut.

Namun Kali ini, terlalu banyak salah faham, dan juga banyak kekurangan yang aku rasakan. Walau apa pun yang berlaku aku harus lalui, dan aku harus lalui seorang diri walaupun ada orang tersayang disisi.

Pelbagai teka-teki bermain difikiran aku, sampai bila aku harus bergini? perlukah aku untuk berubah? biarkan apa orang kata? kerana mereka tidak melalui apa yang aku lalui.

Yang penting, semua orang melakukan kesilapan dan mempunyai masaalahnya yang tersendiri, namun yang lebih penting adalah bagai mana kita menghadapi dan menyelesaikan masaalah tersebut.

Seberapa baynak masaalah dan cabaran yang aku hadapi menjadikan diri ini lebih matang, dan aku tetap aku. yang mampu mengubahnya adalah aku, yang menghadapinya adalah aku, Suka,duka,pahit,manis sakit yang merasainya aku, dan bukan kamu. Kamu hanya boleh menyatakkanya, tapi x merasainya.

Jangan Putus asa, mintalah kepadaNYA untuk dipermudahkan segalanya.
Jangan terlalu suka dan gembira, kerana diakhirnya kita akan menderita dan sedih.

Ikhlas Dari Hati ku

No comments:

Post a Comment

Nuffnang