Nuffnang

Followers

Thursday, September 20, 2012

Definisi Teater

Assalamualaikum semua!

Setelah sekian lama tak mengupdate blog ini, dah dekat dua bulan rasanya...
pada hari ini saya akan menceritakan maksud atau definisi Teater



Teater berasal dari kata Yunani, “theatron” (bahasa Inggris, Seeing Place) yang artinya tempat atau gedung pertunjukan.




Dalam perkembangannya, dalam pengertian lebih luas kata teater diartikan
sebagai segala hal yang dipertunjukkan di depan orang banyak.

Beberapa asas ataupun perkara yang penting didalam Teater adalah


Pelakon
Cerita / Skrip
Pencahayaan
Kostume
Prop
Tempat Persembahan

Mungkin ada beberapa lagi perkara penting yang tidak dapat saya nyatakan disini

Pelakon


Sebuah cerita mahupun teater tidak akan berlaku sekiranya tiada pelakon. Walaupun Teater tersebut berbentuk Monolog, ia juga memerlukan sekurang-kurangnya Seorang Pelakon.

Cerita / Skrip

Sekiranya terdapat pelakon-pelakon yang hebat-hebat seperti Aaron Aziz, Zizan, Era Fazira, Faizal Hussien dan ramai lagi namun tidak mempunyai skrip ataupun cerita, sesebuah Teater itu tidak akan berlaku.

Pencahayaan



Pencahayaan didalam teater begitu penting kerana akan membantu menaikkan Mood didalam cerita tersebut. Ketiadaan cahaya / lighting ketika persembahan akan menyebabkan teater tersebut kelihatan hambar dan mendatar. Dengan bantuan pencahayaan akan menambahkan serta menarikkan lagi persembahan tersebut

Kostume / Prop


Kedua-dua benda ini juga penting didalam sesuatu persembahan teater. Penggunaan Prop dan juga Kostume yang sesuai akan menarikan lagi persembahan tersebut.

Tempat Persembahan / pentas


Perkara ini adalah amat penting bagi sesuatu persembahan. Walaupun sesuatu produksi itu mempunyai pelakon, skrip dan sebagainya, namun tanpa sebuah pentas mahupun tempat untuk persembahan, sesuatu teater itu tidak akan berlangsung.

Entri ini adalah berdasarkan pemahaman penulis, sebarang komen untuk menambahkan maklumat adalah sangat dihargai...

Kepada pembaca jangan lupa untuk like page 

Nuffnang