Nuffnang

Followers

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum

Hai Geng! Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin diucapkan kepada korang semua. Berzaman saya tak update Blog Kesayangan ni. Sibuk dengan Kuliah dan juga pelbagai kerja yang lain.

Berbalik kepada tajuk Entri pada kali ini, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang membaca blog ini, yang mengenali atau pun yang tak kenal pon boleh jugak. Macam mana raya korang pada tahun ini? Mungkin ada yang suka dan ada yang duka. Macam aku, Pertama kali dalam sejarah aku beraya atas bas. Maksudnya, raya pertama aku raya kat atas bas sebab aku balik dari Perlis pada malam raya, so sampai Johor Pagi raya, memandangkan perjalanan daripada Perlis ke Johor memakan masa selama 12 Jam.

Macam biasa, Selepas Sembahyang raya, kami sekeluarga akan bermaaf maafan

Ini adalah Keluargaku 

4 Perempuan 

3 Lelaki










Aku sangat suka gambar ni! Sangat Nostagia!

Perbezaan raya aku pada tahun ni, antaranya tahun ni aku kene drive kereta! Agak memenatkan la sebab Jem! Maklumlah musim perayaan ni memang banyak kereta. Macam nak patah pinggang je, mengalahkan aku atas bas balik ke Perlis. Ditambah dengan Mengantuknya lagi, Nasib baik ada orang tersayang aku teman.



Berbicara mengenai Orang Tersayang. Tahun ini memang agak berlainan bagi aku dengan kehadiran Si Dia. Memandangkan ini adalah Blog Pribadi aku, maka aku berhak untuk meluahkannya didalam blog ini, (macam ada orang yang baca je) hahaha


Siapakah Gerangannya? akan aku ceritakan pada Entry akan datang.

Blog aku ini menjadi tempat bermulanya pengenalan aku dan dia. Daripada blog ini kami berkenalan di Facebook, kemudian, bertemu di Tasik. Hahaha



(Tempat Pertemuan Pertama)

Raya tahun ini agak berlainan sedikit, kerana Bahu adik kesayangan aku Patah ketika teman kakaknya berkerja di Kotaraya.



Kesian dia. Lagi 2 Hari nak raya boleh jatuh, namun setelah dibawa pergi Rawatan Tulang, alhamdulilah, dia makin pulih.

Hari raya ke Sembilan. aku terpaksa Berangkat Pulang ke Perth bagi meneruskan Pengajian. Kesingkatan Sem kali ini semakin aku rasai. Alhamdulilah, tinggal lagi 1 sem sahaja lagi aku akan bergelar Mahasiswa Politeknik. Insyaallah kalau tiada aral melintang, aku akan menamatkan Pengajian pada bulan 4 or 5 tahun 2013.

Itu sahaja buat masa ini, Selamat Hari Raya!

Raya Korang macam mana? mesti seronok. Syawal kali ini lebih bermakna jika beraya bersama insan yang tersayang. Walaupun jika orang itu telah pergi MenghadapNYA namun dia akan tetap berada didalam memori terindah kita.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang