Nuffnang

Followers

Thursday, June 21, 2012

Subjek Sem 1 Diploma Pengajian Video & Filem (Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Perth lis)

Assalamualaikum Semua!

Baiklah hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai senarai subjek yang akan para pelajar semester 1 ambil bagi Diploma Pengajian Video & Filem Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual PTSS

(Gambar rajah 1.1.1)

Gambar rajah 1.1.1 merupakan logo rasmi bagi Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Perlis. Hahaha, skema giler kan.. ada macam buku report x? hahah
Buku Final Report dok x siap lagi ngada2 nak update blog.. haha













Bailklah, Untuk Semester Pertama, Korang semua akan mengambil Subjek Berikut..


Kod       | Kursus
AA101  | *Islamic Education 1
AA102  | **Moral Education 1
AE101  | Communicative English 1
AR101  | Co-Curriculum 1
BC101  | Computer Application
VI101   | Art History
VD101  | Fundamental Of Art & Design
VV101  | Fundamental Of Drawing
VV102  | Script Writing
VG101  | Photography

Sedikit Penerangan Mengenai Subjek-Subjek diatas

Islamic Education - Belajar Pasal Agama Islam la kan.. But saya tak ingat pengkhususan dia pada apa

Communicative English - Belajar mengenai English

Co - Curriculum - Bagi yang sudah menjalani PLKN, anda boleh dikecualikan daripada mengambil subjek ini. Para pelajar sem 1 diwajibkan untuk mengambil subjek ini dengan menyertai Polibriged (tak sure ejaan dia) Polibridget ini macam belajar asas-asas kawad, rawatan kecemasan dan macam2 lagi la. tak ingat sangat la.

Computer Application - Subjek ini sebenarnya agak mudah. Pelajar dikehendaki melakukan tugasan-tugasan mudah menggunakan komputer seperti membuat jadual menggunakan Microsoft Exel, menaip menggunakan Microsoft Office, Buat pamplet atau Flyers menggunakan Microsoft Publisher dan beberapa lagi tugasan mudah. Senang je nak dapat A..

Art History - Subjek ini sememangnya mencabar dan pastinya agak susah kepada pelajar yang tidak memminati sejarah. Ini kerana Subjek ini memerlukan tumpuan yang tinggi. Untuk subjek ini, para pelajar akan di dedahkan mengenai sejarah seni.. Antaranya Seni dizaman Pra-Sejarah yang terbahagi kepada 3 iaitu Paleolitik, Mesolitik, dan Neolitik. Banyak lagi yang akan dipelajari didalam sunjek ini. Seni pula terbahagi kepada beberapa jenis antaranya Kraftangan, Visual, Seni Persembahan, Binaan dan lain-lain
Kenapa aku cakap subjek ini susah kerana, aku hampir-hampir Fail subjek ini, dan kawan aku hampir 3 kali mengulangi subjek ini.

Fundamental Of Art & Design - Subjek ini para pelajar akan didedahkan mengenai Element Of Design, anataranya Colour, Form, line, Shape, space, Texture dan macam-macam lagi. Dan pelajar dikehendaki membuat arca menggunakan dawai. Masa aku dulu kene buat guna dawai. Tak pasti sama ada akan menggunakan konsep yang sama atau sebaliknya.

Fundamental Of Drawing - Subjek ni sebenarnya senang bagi pelajar yang pandai melukis, kerana subjek ini hanya memmerlukan pelajar melukis. Kelas pertama yang aku masuk aku kene lukis muka aku sendiri. Akuni dah la tak pandai lukis, Orang lain dah balik, tinggal aku je yang tak balik-balik lagi. Nasihat aku, melukis ni kene pandai meniru. But final kelas ini, aku dapat melukis seluruh diri aku diatas kad apatah nama nya, besar saiz nya, siap dengan colour lagi.. hahaha

Script Writing - Subjek ni agak mencabar juga terutama kepada pelajar yang tidak menyukai subjek penulisan. Ini kerana para pelajar dikehendaki untuk membuat satu skrip dengan menggunakan idea sendiri. Skrip pula terbahagi kepada beberapa jenis skirp. Skrip Drama, Dokumentari, Rancangan Tv dan sebagainya.

Photography - Subjek ini antara subjek yang digemari bagi pencinta Fotography dan yang baru-baru nak belajar  mengenai Fotography. Didalam Subjek ini, para pelajar akan didedahkan dengan cara untuk mengendalikan DSLR. Para pelajar juga akan diberikan tugasan yang berlainan mengikut sukatan pembelajaran. Subjek yang agak mudah untuk lulus.

Semua penerangan mengenai subjek diatas ini adalah tidak lengkap dan mungkin berlainan kerana apa yang diterangkan adalah apa yang diingati oleh aku. Kemungkinan apa yang anda akan belajar akan berlainan dengan apa yang saya telah pelajari.

Kesimpulannya, apa yang pelajar pelajari semasa di semester 1, kebanyakkannya mempunyai kaitan dengan semester akan datang. Dan gunakanlah ilmu yang dipelajari disini dengan bijak. Maksud saya, belajar bukan sekadar mahu lulus, namun banyak faedah serta perkara yang boleh kita buat dengan ilmu yang telah dipelajari itu.


Wednesday, June 13, 2012

'10 Gambar' Disebalik Tabir MTV - Mojo - Andai Ku Bercinta Lagi

Assalamualaikum Semua!
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua beberapa gambar disebalik tabir 
MTV - Mojo Andai Ku Bercinta Lagi

Saya rasa anda semua pasti sudah mengenali kumpulan Mojo yang dianggotai oleh Aweera selaku Vokalis, Johar Lucas sebagai pemain Drum, Denny sebagai Guitaris <-- X tau eja betol ke tak, dan Edry Abd Halim sebagai pemain Synthesizer.

Mungkin ada yang belum pernah melihat MTV Mojo - Andai Ku Bercinta lagi ini
Kepada yang belum, jom layan MTV ini dulu


'10 Gambar' Disebalik Tabir MTV - Mojo - Andai Ku Bercinta Lagi












Nuffnang