Nuffnang

Followers

Tuesday, March 27, 2012

Super Band MOJO - Andaiku Bercinta Lagi

Assalamualaikum



Hai Korang! Hari ini aku nak berkongsi dengan korang mengenai Super Band! Iaitu Mojo

MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini.



MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. Kekuatannya bukan sahaja pada nama, tetapi pada single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan MOJO ke arena seni muzik tanah air berjudul ”Andai Ku Bercinta Lagi”.


Kumpulan MOJO sedang di dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, namun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu ”Andai Ku Bercinta Lagi” ciptaan Edry, ”Agar Tetap Indah” ciptaan gitaris Denny, dan ”Mimpi” ciptaan pemain drum Johar. EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep ’Synth-Rock’ MOJO kepada peminat seni tanah air.


Aweera



Edry

MOJO - ANDAIKU BERCINTA LAGI


Korang juga boleh saksikan gambar-gambar disebalik tabir pembikinan MTV Mojo Andai Ku Bercinta lagi disini Klik Sini

1 comment:

  1. ooo ok dah taw..!!patut la cm kenal jerk suara ni, aweera upanya, terlmbat dapat info!! liked aweera

    ReplyDelete

Nuffnang