Nuffnang

Followers

Tuesday, March 27, 2012

Super Band MOJO - Andaiku Bercinta Lagi

Assalamualaikum



Hai Korang! Hari ini aku nak berkongsi dengan korang mengenai Super Band! Iaitu Mojo

MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini.



MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. Kekuatannya bukan sahaja pada nama, tetapi pada single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan MOJO ke arena seni muzik tanah air berjudul ”Andai Ku Bercinta Lagi”.


Kumpulan MOJO sedang di dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, namun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu ”Andai Ku Bercinta Lagi” ciptaan Edry, ”Agar Tetap Indah” ciptaan gitaris Denny, dan ”Mimpi” ciptaan pemain drum Johar. EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep ’Synth-Rock’ MOJO kepada peminat seni tanah air.


Aweera



Edry

MOJO - ANDAIKU BERCINTA LAGI


Korang juga boleh saksikan gambar-gambar disebalik tabir pembikinan MTV Mojo Andai Ku Bercinta lagi disini Klik Sini

Monday, March 26, 2012

Tips Memilih tempat Latihan Industri

Assalamualaikum


Hai korang!! Lama aku tak update blog ini. Sepanjang 2 - 3 bulan ni aku agak sibuk sikit. Alhamdulilah aku sekarang ni sedang menjalani latihan industri/praktikal lebih sinonim dengan panggilan L.I oleh mahasiswa dan mahasiswi dari Politeknik.




Memandangkan sekarang ni aku sedang l.i, So kat sini aku nak memberi beberapa tips untuk memilih tempat l.i


Pertama

Malu bertanya sesat jalan

Bertanya pada pensyarah atau senior. Korang boleh tanya kepada mereka kerana merka pastinya memiliki cadangan untuk korang, kerana mereka lebih arif dan telahpun menjalani Praktikal sebelum korang. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas mengenai tempat-tempat yang sesuai dengan jurusan yang ditawarkan. Selain itu, anda digalakkan untuk bertanya kepada senior anda tentang tempat dia membuat Praktikal dan bertanyakan tentang tempat itu, dari situ anda pasti mendapat banyak informasi.


Kedua

Usaha Lebih, Dapat Lebih


Membuat Tinjauan atau Survey. Kalau korang segan nak bertanya pada pensyarah or senior korang, Korang boleh la membuat tinjauan di sekitar kawasan korang. Pada kebiasaannya, student yang rajin membuat tinjauan ni sebab dia nak dekat dengan keluarganya atau keluarganya tidak bagi dia berjauhan dengan mereka.

Ketiga

Bagai Buku dengan Ruas



Pastikan tempat l.i korang tu berkaitan dengan apa yang korang belajar masa kat poli. Sebagai contoh Kat Poli korang ambil jurusan Filem, tapi bila l.i korang jadi Chef kat Hotel. So memang lari konsep le kan?. Dekat Poli selalunya kita akan belajar sesuatu bende tu secara Umum dan tidak secara terperinci. Jadi aku yakin bila korang menjalani latihan Industri nanti, x semua tempat akan menepati ciri-ciri or kehendak korang. Tapi tak apa, asalkan tempat itu berkaitan dengan bidang korang dan memberikan banyak faedah kat korang, apa salahnya. Sebagai contoh, ada diantara sahabat-sahabat aku yang membuat praktikal di kedai gambar walaupun kami ambil Jurusan Video Filem. Tapi, Bidang Fotografi pun ada dalam pembelajaran kami. Malah Fotografi merupakan subjek yang wajib lulus masa kami sem satu dulu.


KeEmpat




Korang perlu membuat keputusan sama ada hendak tinggal dengan keluarga atau menyewa bilik/rumah semasa menjalani latihan industri nanti. Kebanyakkan sahabat-sahabat aku tinggal berjauhan dengan keluarga semasa menjalani latihan industri termasuklah aku. Kerana Jurusan kami ini banyak tertumpu di Ibu Kota.

Apa yang aku cuba sampaikan sekarang adalah, PASTIKAN korang mempunyai tempat tinggal atau mencarinya sebelum latihan industri bermula. Perkara ini tidak menjadi isu sekiranya korang memang tinggal berhampiran dengan tempat l.i korang. Kepada yang hendak menyewa bilik/rumah, Pastikan korang buat tinjauan awal-awal, paling senang korang boleh cari kat Mudah.my Jangan lambat mencari rumah sewa. Kerana yang pertama

Jarang tuan rumah hendak menyewakan rumah/bilik kepada budak praktikal terutamanya yang tinggal hanya 5-6 bulan sahaja. Kebiasaannya Tuan rumah akan mencari orang yang sudah berkerja or mahu tinggal selama 12 bulan keatas. (Berdasarkan pengalaman sahabat-sahabat aku yang lain)

Menyusahkan korang bila dah mula praktikal. Jangan jadi macam kawan aku, diorang terpaksa merempat kat masjid, tepi-tepi jalan dan sebagainya gara-gara tidak dapat mencari rumah/bilik sewa selama hampir 1 bulan.

Kesimpulannya adalah, Berusahala dan rajin-rajin lah ye....

Semua yang aku nyatakan kat atas ini berdasarkan pengalaman aku, Mungkin ada yang nak tambah, silalah Komen...

Terima Kasih...

Nuffnang