Nuffnang

Followers

Friday, December 28, 2012

Aspaing | Abang Long | Rifa'ie ( Siapa Kenal?)

Assalamualaikum Semua!
Setelah sekian lama saya tak photoshoot! Akhirrnya pagi tadi diberi kesempatan olehNYA untuk membuat sesi photoshoot bersama seorang sahabat saya yang bernama Mohd Rifa'ie


Kalau korang nak tahu, inilah Mohd Rifai'ie ataupun lebih dikenali dengan panggilan eee | Abang Long | dan nama faceboook dia Aspaing Feeble.. hahaha cari ler...


Sepanjang 6 Sem saya kenal dengan rifa'ie ni, pelbagai bakatnya telah ku ketahui hahaha... itu baru sikit
Rasanya ada lagi yang saya tak tahu mengenai dirinya

Dia seorang yang merendah diri, tenang, cool, JIWANG TAHAP KARAT, stedy, Senang cerita seronok ar berkerja dengan dia. Dia antara orang yang saya selesa kerja bersama. Kami pernah berkerja sebagai Production sejak daripada Semester 3 untuk penghasilan Iklan Khidmat Masyarakat Masa Ayah


Abang Long ni dia orang Ganuu haha... saya pernah sampai ke gannu tu sekali je, tu pun masa kem athelit masa tingkatan 2 dulu.
Cerita pasal sukan ni, untuk pengetahuan korang, abang long ni dia teror main Squash. Dia pernah jadi Juara Squash Peringkat Politeknik Malaysia. Kiranya kalau kat Seluruh Politeknik Malaysia, dia la pegang bagi acara Squash


Selain daripada Squash, Abang Long ni jgk pandai main skate board!... haha
Saya pun macam tak percaya je abang long ni pandai main bende tu. Tapi dia kata, dah lama tinggal.
Senang cerita dia ni pantang dicabar! Kalau dicabar tambah kene perlekeh, siap la...


Selain daripada pandai main Squash + Skate Board, dia ni juga pandai main gitar! Tgk je la dia pegang macam mana kan... haha 
Dialah juga yang mengajar saya bermain gitar. Daripada tak tau apa-apa, sampai la boleh kenal note.. tapi tu pon x katam lagi.


Lupa nak bagi tahu, kami satu kelas, dalam Diploma Pengajian Video & Filem. 
Untuk semester akhir ini, saya dengan abang long masih dalam satu kumpulan yang sama. Kali ini dia Jadi Pengarah, saya jadi Pengurus Produksi
Sebenarnya tajuk filem pendek kami belum di pastikan lagi. Saja je letak tajuk tu. Kerana Kasih Dia


Info yang aku baru dapat tahu tadi. dia ni juga boleh ebrmain Golf! bukan calang-calang orang boleh bermain permainan tersebut.. Tapi tak tau la dia teror ke expert macam Tiger Wood


Sebenarnya kami x plan pon nak buat sesi photoshot. Gambar ini diambil pada pagi tadi semasa saya ambil abang long ni dari stesyen bas Kangar. Maklom ler baru balik cuti. kebetulan, dia bawa gitar. Jadi dia menggunakan Gitar tersebut sebagai Prop dia. Sempat juga la balon 2-3 lagu.


Rasanya sampai sini saja la saya bercerita mengenai Abang Long ni. Kepada gadis-gadis yang meminati abang long ni dan nak berkenalan, korang boleh cari kat facebook aspaing feeble..
ataupun nak lebih mudah 




Thursday, December 13, 2012

Entry Gambar 12.12.12 (Gunung Jerai)

Asalamualaikum Geng!

Memandangkan aku tengok ada beberapa blog yang menayangkan entry gambar 12.12.12
aku pun teringin jugak nak menghupdate gambar.

Gambar pada kali ini aku ambil di Gunung Jerai ketika aku bertapa kat sana selama dua hari





Untuk pengetahun korang, ini adalah pertama kali aku menggunakan Slow Shutter.
Sungguh indah ciptaan Allah
Kepada sesiapa yang tidak pernah ke Gunung Jerai, Korang patut pergi kerana disana pemandangan sungguh indah. Kepada yang tak tahu Gunung Jerai tu dekat mana, Google Map la ye

Sangat mudah kalau korang nak pergi ke Gunung Jerai. Daripada Highway Utara-Selatan korang keluar di Gurun dan ikut ke Sign Board The Ragency Hotel tak jauh dalam 5 km daripada Exit Gurun.


Rumah Keluarga angkat aku terletak 2km menuju keatas Gunug Jerai, Kalau korang nak pergi ke puncak mesti lalu punya rumah tu, Rumahnya Warna Oren. Sebelum sampai ke rumah tu ada bongol. Ramai yang akan berhenti dekat rumah Keluarga Angkat aku tu kerana ada satu kawasan yang boleh melihat pemandangan dari atas rumah tersebut.

Antara gambar yang aku suka. Gambar ini aku ambil berhampiran dengan Puncak Gunung Jerai pada jam 1.45 Tengah Hari. Keadaan berkabus dan macam baru pukul 8 pagi cam tu la.

Itu sahaja untuk Entry pada kali ini. Korang Pernah Pergi Gunung Jerai? Kalau Pernah, korang tahu tak kisah mengenai Lie Purba? Kalau korang tahu, cuba Kongsi sikit kat aku. hehehe

Tuesday, December 11, 2012

Birthday Si Dia


Assalamualaikum Geng!

Entry kali ini mengenai kisah pribadi hidup ku, Kalau nak baca teruskan ler.. hehe

Eby nama panggilannya, manja, manis, comel dan sentiasa membuatkan hati ini gembira, aku cair dengan senyumannya. Hadirnya dia didalam hidupku memberi sinar bahagia dan ketenangan yang tidak pernah aku rasakan. 

 
Tempat perama kali kami bertemu

Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran kami hadapi, namun aku akan tetap bersamanya. Setiap hari ku berdoa agar Jodoh kmi dipercepatkan dipermudahkan. Kadang kadang, aku terfikir, layakkah aku untuk bersama dengan insan sepertinya? yang selalu ada, yang setia dengan aku walaupun aku selalu sibuk, dirinya selalu terabai.

Jiwangnya aku malam ni hahaha... Birthday dia kali ini, aku x de hadiah nak bagi, aku just nyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang kat dia.

Kepada Si Dia, Saya sayang awak sangat-sangat, Selamat Hari Lahir, Semoga akan bertambah Matang hehehe, sentiasa memahami saya, sabar dengan karenah saya, tahan dengan segala dugaan yang datang, bersabar dengan segala macam dugaan, tahun depan saya tak satu tempat dengan awak lagi, saya dah grade (Insyaallah). So macam yang awak cakap, mesti akan jadi macam-macam dengan hubungan kita ini. harap awak bersabar.


Senyum Selalu, kerana senyuman awak tu mampu untuk membuatkan saya gembira walaupun time tu saya tengah serabut dan banyak masaalah.

Senyuman mu menawan, menusuk kalbu! huhuhu


Itu sahaja untuk entry kali ini, bukan senang korang nak tgk aku jiwang karat kan.. hahaha
Korang jangan lupa doakan kebahgiaan aku dengan si Dia! Doakan Jodoh kami dipermudahkan, dipercepatkan ye... Thanks Korang!

Sem Yang Gila, Result Yang Gila!

Asalamualaikum Geng!

Hari ini 11.12.2012 Hari jadi kekasih hatiku huhu, tapi entry yang aku nak postkan ni x de kaitan dengan dia. Mungkin ada sikit, tapi x banyak la. Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi kepada kekasih hatiku iaitu Eby. Semoga happy selalu, jangan stress! jaga diri, kesihatan, dan yang paling penting semoga kita cepat disatukan ewwah! boleh cam tu? haha


Baiklah sebelum ini aku ada post satu entry mengenai sem 5 yang menggilakan. Kali ini aku nak berkongsi dengan korang result yang aku dapat. Tak de la nak berkongsi sepenuhnya. Alhamdulilah, untuk semester ini, Result aku, memang au tidak jangkakan akan dapat seperti itu. Agak terkejut jugak la bila kawan aku msg aku and cakap aku dapat 3.++ hehehe... Thanks kat abang long sebab checkkan result aku, sebab ime tu aku tengah amek gambar kat majlis kawin sepupu aku. Muin dan pasangannya Maria. Alhamdulilah, Kawin muda. Seronok sangat tengok diorang.


Gambar perkahwinan mereka akan ku update untuk entry akan datang... Nantikan... huhuhu

Berbalik kepada cerita asal, Sem 5 adalah semester yang paling gila yang pernah aku hadapi. Pelbagai cabaran pengalaman dan perstiwa yang semakin mematangkan aku lalui dan tempuhi. Setelah result keluar, semua itu aku rasakan berbaloi. Ada yang aku x jangka dapat a, dan ada yang aku jangka dapat a x dapat a. Memang agak Frust, kerana aku dah all out untuk subjek itu. Aku tak pasti dimana silapnya. Jika nak dibandingkan dengan orang lain. Aku rasa aku layak la kot dapat a. Tapi entah, aku pun tak pasti kenapa aku dapat b, mungkin ada aspek lain yang diambil kira. Kalau kerana dokumentasi, aku rasa aku hantar, dan kawan aku yang dapat a tu dia tak hantar. And then untuk kelas lagi satu aku tolong mereka dan buat yang terbaik, walaupun itu kali pertama au buat bende tu. Memang agak terkilan, sebab aku dah banyak berkorban utk subjek tu.Mungkin kerana Hasil Pojek yang hambar, aku tak salahkan sapa-sapa, aku salahkan diri aku sendiri kerana kami tak bekesempatan untuk membuat latihan penuh! Kalau tak kerana kene ke ****lon tu, memang aku rasa sempat la nak wat laihan.

Walau macam mana pun, aku tetap bersyukur sebab result kali ini aku dapat AKJ, ramai juga budak kelas aku yang dapat AKJ, Tahniah buat mereka.


Nasihat aku kepada Junior-junior buat yang terbaik, jangan mengeluh, usaha lebih, jangan malas, cuba berkerjasama, jangan sombong, Dinner kami buat yang terbaik, jangan peningkan diri, hormat orang, hormat Lectrue, hormat senior... korang jangan ingat korang baru balik L.I korang dah hebat!! banyak lagi yang aku nak pesan, tapi sampai sini je la.

Sunday, November 25, 2012

Mojo Mara Ke Final Anugerah Juara Lagu

Asalamualaikum Semua!

Alhamdulilah Band Kegemaran aku Mojo Mara keperingkat seterusnya didalam Anugerah Juara Lagu.
Selamat berjaya aku ucapkan. Lagu Andaiku Bercinta Lagi ni memang Superbeb!! Aku yakin lagu ni boleh menang! Tahniah kepada KRU tahniah kepada Edry, Aweera, Denny dan juga Johar! Tahniah Kepada semua. Lagu ni sangat mendalam maknanya dan aku difahamkan lagu ini Edry ambil inspirasi daripada kisah benar

Kepada sesiapa yang belum layan Video Klip Lagu Andai Ku Bercinta Lagi, Jom Layan!


Entry sebelum ini aku ada post gambar disebalik tabir Video Klip Andai Ku Bercinta Lagi. Jom kita layan dulu beberapa gambar Disebalik Tabir Andai Ku Bercinta Lagi!













Jom ramai-ramai sokong MOJO!


Saturday, November 24, 2012

Sem 5 Yang Menggilakan

Assalamualaikum Semua!

Seperti yang dijanjikan, Entry kali ini, aku nak berkongsikan dengan korang semua mengenai kegilaan / kesakitan / keserabutan dan sebagainya yang dilalui oleh Pelajar Semester 5 DDV JRKV PTSS.


Kalau korang semua tanya kat sem 5 sesi Jun 2012, mesti diorang akan cakap benda yang sama. Tidak seorang pun yang akan menafikanya. Kepada sesiapa yang tidak tahu, kami mengguna pakai sukatan pelajaran yang baru. Walaupun sem ini hanya 6 subjek sahaja iaitu : 

English Comunication
Acting Directing
Production In Drama
Sound Design
Production Design
Event Managment

Aku rasa hanya satu subjek sahaja yang tidak berapa membebankan pelajar iaitu English Comunication. Selain daripada itu, semuanya subjek yang sangat mencabar bagi aku, terutamanya

EVENT MANAGMENT
PRODUCTION DESIGN
PRODUCTION IN DRAMA
ACTING DIRECTING

Aku sampai demam masa akhir sem gara-gara dah tak larat.
Untuk semester lima pada kali ini, Production aku ialah Once Xeration Production dan kami menerbitkan Satu Filem Pendek yang bertajuk Leman Tebu dan juga kami mementaskan Sebuah Teater iaitu Semerah Padi.

Untuk Filem Pendek Leman Tebu, aku ditugaskan untuk menjadi TMO iaitu The Making Of. Bagi aku, tugas ini tidaklah begitu mencabar kerana aku pernah buat beberapa kali jenis Video yang seperti TMO. Aku merakamkan semua perbuatan disebalik tabir dengan menggunakan camera kesayangan aku iaitu EOS 550D. Sangat berguna dan banyak berjasa kepada aku. TMO pada kali ini aku buat sepanjag 15 Minit sahaja, walaupun pada asalnya boleh mencecah 1 Jam, namun kerana perlu mengikut kesesuaian jadi aku telah memendekkan TMO tersebut. Bila dah pendek, mungkin ada pihak yang terasa hati sebab mereka tak masuk dalam TMO Leman Tebu. Minta Maaf sangat-sangat. Harap Korang semua Faham.

Once Xeration Production memang satu production yang best, seronok berkerja dengan mereka semua, kerana kami semua satu kelas. Walau bergaduh sekali pun, namun itulah yang membuatkan kami semakin erat dan bertambah mesra. Hahaha. Perangai pon masing-masing dah masak. Jadi agak memudahkan.
Aku sajikan korang dengan TMO yang aku telah buat.


Filem Pendeknya aku malas nak upload. Sebab dalam proses pemohonan untuk meminta kebenaran daripada Nova Music Malaysia berkenaan dengan penggunaan lagu Anak Kampung. E-mail aku dah hantar, namun belum ada sebarang jawapan. Aku behasrat nak menghantar Filem Pendek Leman Tebu ni ke Festival Filem, tapi bila nak publish kat orang umum, kene dapatkan dulu permission untuk lagu tersebut. Silap-silap boleh kene saman. Tak pasal-pasal.


Untuk Subjek Acting Directing, kami dikehendaki mementaskan sebuah Teater, dan kami sepakat memilih Teater Semerah Padi. Teater ini diadaptasi daripada sebuah filem arahan P.Ramlee. Cerita ini sangat menarik, terdapat pelbagai mesej didalamnya. Namun cabaran nak mementaskan sebuah teater ini sangat besar bagi kami. Kami pun baru-baru belajar, jadi terdapat banyak perkara yang kami terlepas pandang. Banyak Risiko yang diambil. Untuk Teater ini, aku bertindak sebagai Pengarah.


Bagi aku, aku sebagai Pengarah Teater Semerah Padi agak kecewa kerana pementasan teater kami tidak begitu menjadi dengan perancangan sebenar. Bagi aku, latihan lebih elok daripada Pementasan teater sebenar. Terdapat pelbagai perkara yang agak memalukan. Aku kecewa dengan diri aku sendiri dan aku minta maaf sangat-sangat kepada kawan-kawan aku kerana telah melibatkan korang dengan permasalahan ini. Korang semua mesti kecewa juga. Kepada yang terlibat, Terima Kasih dan tahniah aku ucapkan. Pengalaman mementaskan Teater bersama korang sangat bermakna. Macam-macam yang kita telah tempuhi bersama. Aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat Syahmi Samad. Aku rasa kalau dia tak ada, memang tak jadi teater tersebut.


En Tarmizi sangat berharap kat Teater Semerah Padi ini, namun apakan daya, kerana tiada Full Dress Rheasel, Teater ini menjadi Huru hara seperti didalam cerita Semerah Padi itu sendiri ketika Kampung Semerah Padi diserang Oleh Borek kerana ingin membalas dendam diatas kematian adiknya si Jejaka.



Aku tak dapat nafikan, jika kami diberi peluang sekali lagi, memang kami akan mementaskan Teater tersebut sekali lagi. Aku rasa semua budak kelas aku sangat iri hati dengan Hasil Teater kelas B iaitu Bawang Besar Bawang Kecil. Teater mereka sangat berjaya, sambutan sangat menggalakkan. Dewan Kuliah Utama penuh masa hari kejadian. Tetamu daripada Taman Budaya Perlis datang, wartwan pun datang. Genere teater mereka Komedi, jadi memang sangat menghiburkan. Untuk pementasan mereka, aku bertindak sebagai Lightingman. Alhamdulilah, satu pencapaian yang membanggakan bagi diri aku, kerana itu adalah pengalaman pertama aku mengendalikan Lighting bagi sebuah Pementasan Teater. Sangat Seronok dan aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja aku. Aku tak dapat nafikan Lighting memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu pementasan. Jika dibandingkan Lighting diantara kedua-dua pementasan memang sangat berbeza. Aku salahkan diri aku kerana tak pergi godeh mixer lighting tu. Sangat menyesal, kerana perkara tersebut memberikan impak yang bersar kepada teater kami. 


Walaubagaimanapun Tahniah kepada Group b kerana berjaya mementaskan Bawang Besar Bawang Kecil dengan jayanya. Tidak kurang hebat bagi group a yang berjaya mementaskan Teater Semerah Padi, walaupun tiada Full Dress Rheasel gara-gara pemintaan orang atasan yang inginkan kami membuat persembahan di C-mart Changloon. Jika kami tidak pergi ke C-mart Changloon, aku percaya, Teater Kami pasti lebih Baik. Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang terlibat.


 Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kini semua itu tinggal kenangan. Dan bila aku strees or tention, aku akan mengingati kembali detik kami mementaskan teater ini. mesti Tergelak.

Yang terakhir, Subjek yang menjadi mimpi ngeri kepada kami iaitu Event Managment. Aku rasa bukan kami sahaja yang mimpi Ngeri, sekali dengan Pensyarah pun mimpi ngeri pasal Subjek ni.

Subjek yang sangat mencabar dari segi mental, emosi, jiwa, raga dan sebagainya.
Tapi kebaikannya, kami dapat mengenali antara satu sama lain. Maksudnya kalau tidak kerana subjek Event Managment ini, aku rasa sampai sekarang aku tak kenal dengan budak kelas dds. Kenal Hati Budi diorang, kenal siapa yang boleh buat kerja. Seronok sebenarnya berkerja dengan diorang. Macam-macam idea dan pendapat daripada mereka. Secara tidak langsung subjek ini membuatkan kami semua semakin erat dan kerjasama diantara kami semakin baik. Event yang kami anjurkan semester ini ialah Program Merdeka Raya, Viscom Show dan yang terakhir Dinner ataupun malam Pragraduan Semester akhir. Viscom Show masuk Berita Tv 1. Jom Layan Dulu


Aku sebagai Student JRKV sangat berbangga dengan pencapaian yang kami lalui dan hadapi. Bukan mudah nak menguruskan Event ini. Tapi itulah yang kami buat. Untuk Subjek ini kena ada seorang yang betul-betul boleh memimpin dan mengawal anak buahnya. Kalau tak memang bergaduh la jawapannya. Perbalahan bukan penyelesaian. Aku tak tahu macam mana sem akan datang menghadapi dugaan yang kami lalui. Kerana setahu aku, mereka semua tak macam kami. Hahaha

Selamat berjaya kepada semester akan datang. Tapi kebiasaanya apa yang kami lalui tidak sama dengan apa yang mereka akan lalui. Maksudnya, apa yang mereka lalui lebih mudah berbanding kami, kerana para pensyarah sudah mengenal pasti dimana kurangnya dan kelemahan semasa mengendalikan batch kami. Jadi mereka selalunya tidak lalui apa yang kami lalui dan kesukaran yang kami lalui. Bagi aku, rugi kepada mereka yang tidak melalui apa yang kami lalui.

Kesimpullannya sem 5 adalah sem yang menggilakan dan tahniah kepada kami yang dah laluinya. Hahaha Semoga berjaya kepada bakal-bakal sem 5 JRKV.

Terima Kasih dan penghargaan aku nak berikan kepada para pensyarah kami yang sangat Sporting terutamanya kepada Cik Izani, Cik Aisyah, En Tarmizi, Pn Jun, En Ezar, En Fairuz, Pn Sathya, En Safirol, Pn Afifah (Baru Kawin) dan semua lect yang memberikan sokongan dan panduan kepada kami.

Sem depan adalah semester terakhir aku, Cabaran Baru, Kerja Baru dan tak sabar nak menghadapinya.

p/s : Kepada siapa yang baca sampai habis Terima Kasih. Aku rasa ini adalah Entry terpanjang aku. Hahaha

1 Sem sahaja lagi

Assalamualaikum
Hai Geng!

Diam tak diam, dah hampir tiga tahun aku kat bumi Perth ni. Dah nak habis study dah pun. Tinggal lagi satu sem je lagi. Insyaallah bulan 4 tahun depan, aku akan menamatkan pengajian aku.

Tiga Tahun sebenarnya adalah tempoh yang singkat. Pelbagai liku-lliku kehidupan dan macam-macam pengalaman yang aku dapat sepanjang aku belajar kat sana. Kawan, lawan, sahabat, cinta dan macam-macam lagilah.

Benarlah orang kata zaman belajar adalah zaman yang paling seronok! Namun, kehidupan harus diteruskan. Untuk cuti semester pada kali ini singkat sahaja, jadi aku mengisi masa ini dengan bekerja. Macam-macam kerja aku buat. Dan yang paling latest aku kerja kat kedai makan.

Hari Khamis yang lepas, aku ambil gambar kakak Qiba tunang. Masa tu mood aku sampai, jadi alhamdulilah gambar-gambar yang aku ambil pun menjadi la. Hehe. Cuma yang aku Frustnya batery rechargenable aku yg enigizer tu satu hilang. Jadi terpaksalah aku beli yang asing.

Jadi kat sini, aku nak sajikan beberapa keping gambar yang aku ambil.







Tahniah buat kakak Qiba yang baru sahaja bertunang. Adik angkat aku si Nadia tu pun bertunang hari ini. Tak dapat nak pergi sebab Transport tak ada.

Selain daripada itu, aku mengisi kekosongan dengan pergi menonton wayang. Hari tu aku pergi tengok cerita Twilight Breaking Down Part 2 dan cerita Rise Of The Gurdian. Kedua-dua cerita itu menghiburkan aku. Aku nak pergi tengok Cerita Adflin yang terbaru iaitu Orang Minyak Vs Pontianak. Tapi ramai yang kata tak best dan boring. So tak jadilah aku.

Entry seterusnya aku akan ceritakan cabaran Semester 5 JRKV PTSS

Sampai disini sahaja. Adiosss ( Pinjam Tradmark Dyka) hahaha

Nuffnang