Nuffnang

Followers

Saturday, November 26, 2011

Review Misteri Jalan Lama

Assalam


Semalam aku pergi tengok wayang cerita Misteri Jalan Lama, So hari ini aku nak buat review cerita ini.


Misteri Jalan Lama ini merupakan sebuah filem Malaysia arahan Afdlin Shauki dalam produksi Tayangan Unggul.


Sinopsis


     Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan.
Sumber : Wikipedia

                Pada pandangan aku cerita ini best, tahniah kepada semua yang terlibat untuk menghasilkan filem ini. Cuma aku agak kecewa sedikit sebab filem Afdlin Shauki pada kali ini tak complicated sangat dan tak membuatkan aku berfikir sangat. Sepertimana yang korang tahu Adflin ni  antara pengarah kat Malaysia yang mampu membuat cerita-cerita yang selalunya agak rumit dan mampu membuatkan penonton berfikir contohnya cerita Stem, cerita Lost and Found, dan sebagainya.
                Untuk cerita Misteri jalan lama ni jugak , aku agak tidak berpuas hati dengan pakaian pelakon sewaktu Que memakai baju persalinan Diraja. Secara jujurnya pakaian itu membuatkan aku tergelak dan kecewa. Kenapa Adflin tidak meggunakan pakaian tradisional melayu contohnya kenapa dia tidak menggunakan persalinan raja-raja melayu yang dulu. Mungkin boleh pakai baju macam Hang Tuah ke. Mengapa mesti pakaian dia macam bangsa asing? 
               Pada pandangan aku lah, adalah lebih baik memakai baju Tradisoinal or Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah. Lagipun cerita tu situasinya berada didalam Hutan dan menunjukkan sifat-sifat Kemelayuan pada awalnya, namun apabila tiba pertengahan cerita sewaktu Que menyalin pakaian, tiba-tiba persalinan dirajanya seperti pakaian raja dari eropah. So agak kecewa ar bagi aku.
               Cuma Itu jelah yang aku agak tidak berpuas hati. Pandangan aku je lah. Korang macam mana pulak? Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat, dan semoga dapat menghasilkan cerita-cerita yang lebih gempak dari ini.

1 comment:

  1. Baju dia agak kelakor disitu.. overall citer dia superb new wave bak kata lect kita..

    ReplyDelete

Nuffnang