Nuffnang

Followers

Wednesday, November 9, 2011

Final Projek Video Production In Advertising

Assalam

Setelah lama tidak mengupdate blog aku yang dah bersawang ni, ai maklumlah agak sibuk dengan final projek dan assigment. Hari ini aku nak post Artwork aku untuk subjek Video Production In Advertising.  Untuk Subjek ini kami dikehendaki menghasilkan satu Iklan sama ada iklan Komersial atau Iklan Khidmat Masyarakat (PSA)

Untuk Projek ini aku menjawat jawatan sebagai Pengurus Produksi dan Suntingan Akhir dalam Produksi House mate Production. Dan kami memilih untuk membuat Iklan Khidmat Masyarakat 'Masa Ayah'

Sinopsis asal :

Iklan Khidmat Masyarakat ini berkisahkan mengenai Aiman yang baru sahaja kematian ibunya dan diabaikan oleh ayahnya yang sibuk bekerja. Pada satu hari Aiman ingin membeli masa ayahnya dengan membayar gaji bapanya untuk satu hari.

Disebabkan beberapa faktor, kami terpaksa mengubah iklan tersebut. Pada awalnya Aiman ingin membeli masa ayahnya, namun kami terpaksa mengubah iklan tersebut menjadi Bapanya tidak mengendahkannya.

Objektif iklan ini adalah untuk Menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya kasih sayang seorang bapa kepada anaknya
Pentingnya perhatian daripada Ibu dan Bapa kepada anak-anak kerana apabila anak-anak kecil ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya, maka rakan-rakannya merupakan pengaruh yang terbesar. Hal ini amat membimbangkan sekiranya anak tersebut mendapat pengaruh yang negatif.

Sebelum itu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Krew-Krew Produksi

Pengarah : Mustafa Kamal
Penolong Pengarah/Pengurus Produksi : Muhammad Hazieq Mohd Sanat
Kesinambungan : Suhaimi Harun
Ketua Teknikal : Rifa'ie Zulkaflay
Jurucamera : Zulhilmi Rashid
Krew-krew tambahan
Syahmi Samad
Azam Aziz
Fairus Sabri
Safuan Abd Rashid
Syafiq Rosman

"Masa Ayah"

Kami membuat pengambaran di Felda Laka Selatan, Changloon Kedah. Sekolah Rendah Felda Laka Selatan dan Sekolah Rendah Arau. Terima kasih diucapkan kepada warga sekolah rendah Arau yang memberikan kerjasama dalam pembikinan Iklan Khidmat Masyarakat 'Masa Ayah'

Tak lupa juga buat Keluarga kami, terutamanya Ayah aku Mohd Sanat Ishak, kerana memberikan sokongan dan pastinya sokongan dari segi wang ringgit, dan kepada Ibunda aku iaitu Raja Hanizan Raja Ismail yang sentiasa mendoakan kejayaan aku disini.

Antara komen dan pandangan mengenai Iklan ini adalah :

Shot Kurang
Banyak Shot yang membontotkan Penonton
dan sewaktu dengannya

Apa pulak komen korang?? 

Selain itu, aku kene buat satu poster dan Copyrwiter.
Mesti korang tertanya-tanya Copyrwiter tu apa kan? malas aku nak explain.



Untuk poster ini aku buat mengenai penjimatan air. Aku nak terangkan sedikit mengenai aku punya poster, ataupun penerangan disebalik poster ini.

Aku menggunakan konsep penjimatan air, kiranya apabila kita membazirkan air, bumi semakin lama akan musnah. Korang mesti pernah dengar mengenai air apabila dititiskan pada batu lama-lama batu tersebut akan menjadi lekuk. So aku ambil konsep tu untuk dijadikan sebagai Poster Copyrwiter.

Jangan Lupa Komen :)


No comments:

Post a Comment

Nuffnang