Nuffnang

Followers

Friday, November 11, 2011

Entry Khas 11.11.11

Assalam

Pada tarikh yang unik ini, aku pasti ramai yang membuat entry yang Khas. Aku pun nak gak.

Untuk Entri Khas aku pada kali ini aku nak bercerita mengenai seorang gadis yang bernama Natrah.
Aku pernah buat entry khas mengenai dia sebelum ini, namun entry tersebut terpaksa Di Deletekan kerana ada perkara yang tidak sedap ataupun tidak elok dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum.
Aku malas nak kupas bende ni kerana semua itu telah pun menjadi sejarah.


Berbalik kepada Si Natrah ni, dia ni merupakan salah seorang daripada sahabat rapat aku. 
Aku berkenalan dengan dia masa tarian Kibarkan Jalur Gemilang, masa sem 1 kalau tak silap aku lah.
dari situ kami mula bertukar num tel dan terus berhubung.

Walaupun kami berlainan jurusan, tapi aku akan cuba untuk menghubungi dia, kiranya keep in touch ar.
Sem 2 kami agak sukar untuk bersua muka kerana waktu tu masing-masing sibuk dengan assigment.

Untuk sem 3 ni pula pon sama gak, jarang berjumpa, kalau jumpa pun masa kelas Soft Skill sbb kelas kami digabungkan.Tapi korang bayangkan lakalau satu kelas dalam 80 lebih, lect ada sorang je.Kelas 2 memang best tapi kadang-kala agak meletihkan.

Banyak perkara kalau aku ragu-ragu aku akan minta pendapat dia, kerana si Natrah ni setakat ini sentiasa memberikan pandangan yang jujur dan ikhlas walaupun kadang-kala menyakitkan hati dan bukan jawapan yang ingin aku dengar dari mulut dia. Ngeh2..

Dia banyak tahan dengan karenah aku yang agak pelik dan suka "Show off"ngan dia. Aku suka "Show Off"
dengan dia bukan bermaksod aku ni riak or apa ke. Tapi hanya untuk menghiburkan hati dia, sebab aku tahu yang dia tahu aku punya kemampuan dan kelebihan serta dia tahu yang aku tengah "Show Off" dengan dia. Hehehe, Kenyataan yang agak memeningkan ar. Tak faham tak pe. Terima Kasih juga kerana sudi menjadi tempat aku mengadu, sudi untuk menjadi tempat aku meluahkan perasaan yang kadang kala menyerabutkan kepala kau. Aku hargai sangat-sangat.

Untuk sem depan aku akan menjalani latihan industri di Cyber Jaya dan dia akan menjalani di Sungai Petani kalau tak silap aku la. Aku akan cuba untuk sentiasa berhubungan dengan dia walaupun aku tahu yang aku akan lebih sibuk.

Kepada Cik Natrah, Selamat menjalani Latihan Industri dengan tabah, gembira dan ceria. Kalau ada apa-apa masalah, jangan segan or teragak-agak untuk call aku.Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mencari masa supaya aku boleh meluangkan masa untuk kau. Aku juga sayang dengan perhubungan kita ni, dan berharap akan berkekalan sampai bila-bila.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga amat penting, namun, bagi aku, Cik Natrah ni ibarat keluarga aku. Sahabat juga amat penting, malah sahabat ataupun rakan jugalah yang memberikan pengaruh ataupun impak yang besar kepada sesorang itu.

Kawan yang berada dengan kita sewaktu kita senang ramai,
namun kawan yang akan berada dengan kita sewaktu kita susah amat sukar untuk dicari.
Dan bagi aku, Cik Natrah ini dalam ketogori kawan yang akan bersama kita sewaktu aku susah dan senang.


Kepada sahabat-sahabat aku yang lain, aku tak tulis entry pasal korang bukan bermakna aku tak sayang korang or aku tak ingat korang. Aku sayang dan sentiasa ingat korang just entry khas ini sememangnya khas untuk orang yang khasdan pastinya orang yang khas tu adalah orang yang sangat khas. Hehehehe. Harap korang tak kecil hati mahupun sedih dan sebagainya.

4 comments:

  1. aku dah agk dh..suatu hri nti dye ni akn mnjdi bhn bulan...

    ReplyDelete
  2. -bualan- not bulan...haha..sorry typing error...

    ReplyDelete

Nuffnang