Nuffnang

Followers

Saturday, September 24, 2011

Lakaran Buat diriku

Assalam



Setelah 19 Tahun aku hidup dimuka bumi ini, Pelbagai perkara yang aku hadapi,
ada yang gembira, ada yang duka, ada yang sedih dan sebagainya, namun itu semua pastinya menjadi kenangan buat diriku, tidak kisah la samaada kenangan manis atau kenangan pahit. Semua itu menjadi pengalaman buat diriku, supaya diriku menjadi lebih berhati-hati, lebih menghargai sesuatu dan pastinya membuatkan aku tidak mengulangi kesilapan yang lalu.



Walaupun kadang kala aku tersilap langkah, namun pengalamanlah yang akan menjadikan diriku lebih matang dalam mengatur langkah.

Pengalaman jugalah yang membuatkan diriku LEBIH dari orang lain.

Namun perjalananku masih jauh
banyak halangan, rintangan dan dugaan yang masih belum ku rempuhi, hadapi dah tempuhi.
Sejauh mana aku akan bertahan dan harunginya, aku pun tidak pasti

Setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya. semua yang berlaku bukan kebetulan, tapi ianya telah dirancang olehNYA. Tiada istilah Kebetulan dalam Hidupku. Semuanya telah Ditakdirkan olehNYA

Termasuklah pertemuan diantara aku dan dia. Pertemuan ini sememangnya telah Diaturkan oleh NYA
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dia cantik, baik, manis dan sebagainya kiranya dia seorang yang menjadi idaman bagi setiap jejaka. 



Apabila dia lalu sahaja, pasti ada mata yang memandangnya. terpegun dengan kecantikkan yang dikurniakan kepadanya. Aku juga tidak terlepas untuk menikmati Kecantikan yang telah dicipta olehNYA.

Aku bersyukur dengan pertemuan kita, malah aku gembira dengan pertemuan kita. Walaupun diketegorikam sebagai singkat, namun bagi aku, banyak kenangan manis kita bersama. Aku rindu saat kita bersama dulu. Walaupun kita hanya SAHABAT, namun banyak perkara yang membuatkan diriku merasakan bahawa kau adalah teman istimewa buatku.

Aku sedar siapa aku, siapalah aku untuk merasa sedemikian rupa. Aku hanyalah seorang insan yang mempunyai hati dan perasaan. Namun Hati dan perasaaan ini sering di khianati, sering terluka. Kerana itu aku mengambil keputusan untuk berdiam diri, menjauhkan diri serta cuba untuk tidak jatuh kepada orang itu. Namun hati aku ini hanyalah hati seorang insan biasa. Insan mana yang tidak mahu dirinya dibelai, dicinta, dimanja dan sebagainya. Aku juga mahu seperti itu.

Namun hanya satu sahaja yang dapat aku ungkapkan iaitu belum masanya lagi untuk aku fikirkan semua itu. Mungkin aku masih terlalu muda untuk memikirkan semua itu.

Entri ini aku buat bertujuan untuk membalas satu entri yang aku rasakan dibuat untuk diriku.
Aku jarang untuk menulis ayat-ayat yang berpuitis dan berbunga-bunga, Namun pada kali ini aku cuba untuk membuatnya, kerana aku rasa tercabar dengan insan yang menyatakan bahawa bolg aku ini banyak menceritakan perihal PTSS.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa entri-entri yang berada didalam blog aku ini kebanyakkannya berceritakkanmengenai PTSS, kerana aku sedang meunutun disini sekarang, jadi ia merupakan sebahagian daripada kehidupan aku sekarang, dan sepertimana yang korang tahu, blog ini banyak menceritakan kisah hidup aku sebagai seorang yang baru hendak menceburi bidang seni ini....

Sampai disini sahaja coretan aku buat masa ini. Terima kasih kerana sudi membacanya sehingga tamat... -Aku hargainya.. :-)









2 comments:

  1. bagus..merasa tercabar membuat kita bertindak diluar kebiasaan..!! dan diluar kebiasaan akan membuat kita menjadi seorang yang unik!! TAHNIAH UNTUK ITU KAWAN~

    ReplyDelete
  2. sabar ye . bunga bkn sekuntum . kan kan . kita hanya mmpu merancang, tuhan yg menentukan .

    ReplyDelete

Nuffnang