Nuffnang

Followers

Sunday, August 28, 2011

Tribute to Kak Syima

Assalam

Aku baru terima satu berita yang menyedihkan.

Pada awal pagi tadi aku dapat berita tentang pemergian salah seorang senior aku di Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Ptss iaitu kak Syima,

Walaupun aku tak berapa rapat dengan dia, namun pemergian dia amat terasa, aku rasa bukan aku je yang terasa dengan pemergian dia, malah seluruh warga Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual PTSS terasa dengan pemergian arwah.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah.

~Al-Fatihah~

Petikan dari Surat Khabar Sinar Harian

IPOH - Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di kilometer 202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 12.08 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan telah dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, suami Noorzaihan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke tepi lebuh raya.

Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat, katanya.

Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya, katanya.

Beliau berkata, pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan.- Bernama


Takziah kepada keluarganya.
Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh

2 comments:

  1. aduhai.. sedih pula. takziah kpd keluarga mangsa & alfatihah pd mereka yg terkorban

    ReplyDelete

Nuffnang