Nuffnang

Followers

Tuesday, August 23, 2011

Kamsis VS Rumah Sewa





Assalam

Lama dah aku tak update blog, untuk entri pada kali ini aku nak bercerita tentang keadaan aku sekarang. Maksudnya situasi yang aku alami sekarang. Untuk pengetahuan korang, untuk semester pada kali ini, aku tak duduk kamsis lagi, aku duduk di luar, Kali ini aku nak menceritakan perbezaan duduk luar dan dalam dari pandangan aku sendiri.

Yang pertama. Selalunya rakan-rakanku yang lain tak nak duduk luar sebab diorang kata guna banyak duit. Namun bagi aku, duduk luar ni lebih banyak menjimatkan duit dari duduk di dalam kamsis. Kenapa?
memang tak dapat dinafikan bahawa kalau dok kamsis kita tak payah nak fikir sangat pasal sewa rumah or bilik, bil air, bil api dan sebagainya, namun hakikatnya bagi aku, duduk luar lebih jimat. Sebab aku andaikan bahawa sewa rumah sebulan Rm 50, bersamaan duit yang dihabiskan untuk membeli makanan selama 5 hari bila berada dikamsis(Dianggarkan 1 hari Rm 10, makan sahaja). Untuk makan pula, kami habis dalam Rm 20 per minggu untuk membeli barang keperluan masak, kiranya sebulan habis Rm 80 untuk makan bersamaan dengan 8 hari makan kalau kat kamsis. Tambah dengan bil air, api & Internet dalam Rm 20

So sebulan kos perbelanjaan aku ialah Rm 50 + 80 + 20 = Rm 150 bersamaan dengan 15 hari punya kos yang aku hadapi kalau aku tinggal dekat kamsis. Itupun kalau perbelanjaan seharian aku di kamsis Rm 10. So korang pandai-pandailah renungkan.

Mungkin korang cakap jarak perjalanan dari rumah aku ke politeknik jauh,or lau ada transport kena fikir perbelanjaan minyak dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang, aku dok kat depan poli je, malah jarak dari rumah aku ke kelas lebih dekat jikalau nak dibandingkan aku dok kat kamsis. Perjalanan aku dari Kamsis ke kelas memakan masa selama lebih kurang 10 minit, tapi lau dari rumah aku ke kelas, ia hanya mengambil masa selam 5 minit sahaja. So macam mana? jimat masa kan??

Dari segi kebebasan? Memang tidak dapat dinafikan bahawa kalau korang dok kat luar, rasanya memang bebas, kenapa? sebab macam2 la, antaranya ialah tidak terikat dengan peraturan kamsis, boleh keluar sesuka hati,kalau lapar tengah2 malam boleh p makan kat mamak ke mana ke. Kiranya korang bebas kemana-mana sahaja.

Kalau Dari segi buat assigment. Untuk semester kali ini, kebanyakkan group aku adalah dalam kalangan House Mate aku sendiri, malah, kami punya Production dipanggil House Mate Production. Bezanya kalau aku buat assigment dekat dalam kamsis dan rumah banyak. Kalau katdalam bilik yang kat kamsis tu, aku akan rasa malas, tak ada idea, rasa nak tidor je sbb x de aktiviti or mamber2 dok kat bilik yang jauh. Tapi bila aku dok kat luar or rumah sewa, aku rajin nak buat assigment, homework, dapat banyak idea dans ebagainya kerana kawan2 ada kat sebelah dan saling ingat mengingatkan. Benda ni sangat best.


Yang paling best bagi aku bila dok luar or umah sewa ni ialah telatah dan karenah kawan-kawan yang dok sekali dengan korang. Terus terang aku cakap, bila aku dok rumah sewa ni, macam-macam karenah yang aku jumpa, dan semua house mate aku semua mmg sporting, gempak, sukar diramal,sukar dijangka, dan macam-macam ar. Lagipun  bila dok serumah ni mmg akan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kami. So kami akn lebih kenal mengenali antara satu sama lain. Kalau nak dibandingkan dengan dok dalam kamsis 2, aku rasa memang tak berkembang ar, sbb kalau satu bilik korang 2 orang je yang duduk, sampai habis sem pon korang akan dengan orang 2 je, terutamanya bila korang ni  jenis yang tak bergaul or malas nak berjalan-jalan.

Selain itu, bila korang duduk dalam kamsis, korang akan terikat dengan aktiviti yang ditetapkan, dan kadang kala korang tak boleh balik pada hujung minggu kalau ada aktiviti yang dijalankan. mesti boringkan kalau macam tu, memang lah niat diorang baik nak buat aktiviti untuk kita, namun, kita nikan manusia, ada perasaan nak enjoy, maklomlah seminggu terperap dalam bilik dengan assigmentnya, homeworknya,kuiz nya dan sebagainya lah, so hujung minggulah masanya untuk kita keluar untuk melepaskan tekanan, mybe ada sesetengah tu balik kampung untuk jumpa mak ngan ayah. Kalau org jauh macam aku ni, selalunyalah aku akan tidor or keluar jalan-jalan p main bowling ke. Tapi kebanyakkan masanya aku tidor ar sbb sebagai seorang student mmg korang akan kurang tidor sbb menyiapkan assigment yang diberikan oleh pensyarah.

NI antara contoh bila tak ikut peraturan Kamsis

Kalau nak diikotkan lagi, banyak bende2 yang bagi aku best ar bila dok luar. Dan kalau korang kata duduk luar ni bahaya lah, keselamatan tak terjamin lah, takot korang jadi liar la dan sebagainya yang negatif-negatif ni, pesan aku ialah, korang dah besar, tau mana baik dan buruk, kalau korang tak cuba hadapi semua benda tu sekarang, bila lagi korang nak hadapi cabaran-cabaran tu, lambat laun korang akan hadapi juga semua tu.  Fikir sendirilah, sekurang-kurangnya korang dah ada pengalaman r ada pendedahan bila korang dok luar ni, contohnya masaalah2 yang korang hadapi masa dok luar dan sebagainya.

Kat sini aku bukanlah nak galakkan korang untk dok luar, aku just kongsi pandangan aku dan pendapat aku mengenai Dok kamsis dan dok luar, so sebagai Seorang pelajar yang pernah mengalami kedua-dua situasi ni aku cuba unti=uk berkongsi pengalaman aku kepada korang untuk dijadikan renungan bersama.

Macam mana pula dengan pandangan korang? Dok kamsis or Dok luar lagi Best?

11 comments:

  1. eh duk luar ko ni erk... mmg la dekat kelas ko tu dah JRV btul2 dpan poli.......

    ReplyDelete
  2. hahaha, mesti lah dok luar kan.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. abg sokong 100%...sb dok luar mmg best...lg 1..pasal mesin basuh hazieq x sebut...klu sal mesin basuh kne tunggu turn yg berjam2...klu umah sewa yg de mesin basuh...x payah nk tunggu berjam2...

    ReplyDelete
  4. aku xdpt asrama sem depan..bole tolong aku x..??bg mana2 nombor telefon rumah sewa..aku sem satu sekarang..aku ngn kawan2 aku..

    ReplyDelete
  5. sory ar.. aku x dapat nak tolong ar... sbb yg uruskan bkn aku. member rumah aku yg uruskan. ko try cari kat laman web poli. www.ptss.edu.my

    ReplyDelete
  6. zieq...nk tanya rumah itu alamt dia apa? nk no telefon dia?

    ReplyDelete
  7. rumah yg korg duduk tu la..huhu.....rumah tu depan poli kan?

    ReplyDelete
  8. Pelajar baru wajib duk asrama ker?

    ReplyDelete

Nuffnang