Nuffnang

Followers

Sunday, August 28, 2011

Photoshot pertamaku Dengan 550d

Assalam

Baiklah sepertimana yang korang tahu, aku baru sahaja memiliki Canon Eos 550d. So seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, aku akan upload beberapa gambar pertama yang aku ambil menggunakan 550d kesayangan ku ini.

Gambar Opening.

 Tedy bear adik aku(Adah)

Wawa


 Wawa & Akak





Adah nak gak, katanya. (Sanggup tukar baju raya)










Abang2 amek gambar adah lompat (katanya)

Lagi sekali







 Gambar yang ni mak aku snap, amacam??




 aku pon nak gak (korea la sangat.. kan??)




Gambar-gambar diatas tidak diedit langsong, sbb aku malas, lagi pon aku bab2 edit gambar ni aku lom explore ar, aimaklom la, aku sekarang ni banyak wat editing short filem lah katakan. So itu sahaja untuk entri kali ni.

P/s : Thanks to abang Aizul Marcello coz bagi tips nak upload gambar kat blog. hehehehehe

Tribute to Kak Syima

Assalam

Aku baru terima satu berita yang menyedihkan.

Pada awal pagi tadi aku dapat berita tentang pemergian salah seorang senior aku di Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Ptss iaitu kak Syima,

Walaupun aku tak berapa rapat dengan dia, namun pemergian dia amat terasa, aku rasa bukan aku je yang terasa dengan pemergian dia, malah seluruh warga Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual PTSS terasa dengan pemergian arwah.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah.

~Al-Fatihah~

Petikan dari Surat Khabar Sinar Harian

IPOH - Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di kilometer 202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 12.08 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan telah dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, suami Noorzaihan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke tepi lebuh raya.

Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat, katanya.

Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya, katanya.

Beliau berkata, pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan.- Bernama


Takziah kepada keluarganya.
Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh

Camera Sulungku


Assalam.

Baiklah, seperti yang dijanjikan, hari ini aku nak update pasal si dia yang aku impikan selama ini iaitu Canon Eos 550d yang ibundaku baru belikan. Alhamdulilah, aku bersyukur sangat-sangat kerana dapat barang yang aku impikan selama ini, kat sini aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada ibundaku kerana membelikan camera itu. Tanpa melengahkan masa lagi. aku akan persembahkan kepada korang gambar-gambar yang aku ambil menggunakan Camera Sulung aku.


Gambar pertama yang aku snap,




ok sekarang ni aku nak tunjuk barang-barang camera aku ni. bkn nak riak or takbur or berlagak, tapi just nak share dengan korang je berita gembira aku ni.

Baiklah, antara gambar barangan camera aku.


Batery Recharg (Ayah aku belikan) 

Extra Batery

Memory Card Reader


Memory card 16 Gb

 Speedlite Di622 Nissin Mark ii

Battery Grip (Aku beli sendiri)





 Tripod (Sama macam Mus punyer)


Ni lah camera sulung ku..



Itu sahaja untuk entri pada kali ini.
Entri seterusnya aku akan update pasal Fotoshot pertama ku menggunakan Camera ini.

Tuesday, August 23, 2011

Kamsis VS Rumah Sewa





Assalam

Lama dah aku tak update blog, untuk entri pada kali ini aku nak bercerita tentang keadaan aku sekarang. Maksudnya situasi yang aku alami sekarang. Untuk pengetahuan korang, untuk semester pada kali ini, aku tak duduk kamsis lagi, aku duduk di luar, Kali ini aku nak menceritakan perbezaan duduk luar dan dalam dari pandangan aku sendiri.

Yang pertama. Selalunya rakan-rakanku yang lain tak nak duduk luar sebab diorang kata guna banyak duit. Namun bagi aku, duduk luar ni lebih banyak menjimatkan duit dari duduk di dalam kamsis. Kenapa?
memang tak dapat dinafikan bahawa kalau dok kamsis kita tak payah nak fikir sangat pasal sewa rumah or bilik, bil air, bil api dan sebagainya, namun hakikatnya bagi aku, duduk luar lebih jimat. Sebab aku andaikan bahawa sewa rumah sebulan Rm 50, bersamaan duit yang dihabiskan untuk membeli makanan selama 5 hari bila berada dikamsis(Dianggarkan 1 hari Rm 10, makan sahaja). Untuk makan pula, kami habis dalam Rm 20 per minggu untuk membeli barang keperluan masak, kiranya sebulan habis Rm 80 untuk makan bersamaan dengan 8 hari makan kalau kat kamsis. Tambah dengan bil air, api & Internet dalam Rm 20

So sebulan kos perbelanjaan aku ialah Rm 50 + 80 + 20 = Rm 150 bersamaan dengan 15 hari punya kos yang aku hadapi kalau aku tinggal dekat kamsis. Itupun kalau perbelanjaan seharian aku di kamsis Rm 10. So korang pandai-pandailah renungkan.

Mungkin korang cakap jarak perjalanan dari rumah aku ke politeknik jauh,or lau ada transport kena fikir perbelanjaan minyak dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang, aku dok kat depan poli je, malah jarak dari rumah aku ke kelas lebih dekat jikalau nak dibandingkan aku dok kat kamsis. Perjalanan aku dari Kamsis ke kelas memakan masa selama lebih kurang 10 minit, tapi lau dari rumah aku ke kelas, ia hanya mengambil masa selam 5 minit sahaja. So macam mana? jimat masa kan??

Dari segi kebebasan? Memang tidak dapat dinafikan bahawa kalau korang dok kat luar, rasanya memang bebas, kenapa? sebab macam2 la, antaranya ialah tidak terikat dengan peraturan kamsis, boleh keluar sesuka hati,kalau lapar tengah2 malam boleh p makan kat mamak ke mana ke. Kiranya korang bebas kemana-mana sahaja.

Kalau Dari segi buat assigment. Untuk semester kali ini, kebanyakkan group aku adalah dalam kalangan House Mate aku sendiri, malah, kami punya Production dipanggil House Mate Production. Bezanya kalau aku buat assigment dekat dalam kamsis dan rumah banyak. Kalau katdalam bilik yang kat kamsis tu, aku akan rasa malas, tak ada idea, rasa nak tidor je sbb x de aktiviti or mamber2 dok kat bilik yang jauh. Tapi bila aku dok kat luar or rumah sewa, aku rajin nak buat assigment, homework, dapat banyak idea dans ebagainya kerana kawan2 ada kat sebelah dan saling ingat mengingatkan. Benda ni sangat best.


Yang paling best bagi aku bila dok luar or umah sewa ni ialah telatah dan karenah kawan-kawan yang dok sekali dengan korang. Terus terang aku cakap, bila aku dok rumah sewa ni, macam-macam karenah yang aku jumpa, dan semua house mate aku semua mmg sporting, gempak, sukar diramal,sukar dijangka, dan macam-macam ar. Lagipun  bila dok serumah ni mmg akan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kami. So kami akn lebih kenal mengenali antara satu sama lain. Kalau nak dibandingkan dengan dok dalam kamsis 2, aku rasa memang tak berkembang ar, sbb kalau satu bilik korang 2 orang je yang duduk, sampai habis sem pon korang akan dengan orang 2 je, terutamanya bila korang ni  jenis yang tak bergaul or malas nak berjalan-jalan.

Selain itu, bila korang duduk dalam kamsis, korang akan terikat dengan aktiviti yang ditetapkan, dan kadang kala korang tak boleh balik pada hujung minggu kalau ada aktiviti yang dijalankan. mesti boringkan kalau macam tu, memang lah niat diorang baik nak buat aktiviti untuk kita, namun, kita nikan manusia, ada perasaan nak enjoy, maklomlah seminggu terperap dalam bilik dengan assigmentnya, homeworknya,kuiz nya dan sebagainya lah, so hujung minggulah masanya untuk kita keluar untuk melepaskan tekanan, mybe ada sesetengah tu balik kampung untuk jumpa mak ngan ayah. Kalau org jauh macam aku ni, selalunyalah aku akan tidor or keluar jalan-jalan p main bowling ke. Tapi kebanyakkan masanya aku tidor ar sbb sebagai seorang student mmg korang akan kurang tidor sbb menyiapkan assigment yang diberikan oleh pensyarah.

NI antara contoh bila tak ikut peraturan Kamsis

Kalau nak diikotkan lagi, banyak bende2 yang bagi aku best ar bila dok luar. Dan kalau korang kata duduk luar ni bahaya lah, keselamatan tak terjamin lah, takot korang jadi liar la dan sebagainya yang negatif-negatif ni, pesan aku ialah, korang dah besar, tau mana baik dan buruk, kalau korang tak cuba hadapi semua benda tu sekarang, bila lagi korang nak hadapi cabaran-cabaran tu, lambat laun korang akan hadapi juga semua tu.  Fikir sendirilah, sekurang-kurangnya korang dah ada pengalaman r ada pendedahan bila korang dok luar ni, contohnya masaalah2 yang korang hadapi masa dok luar dan sebagainya.

Kat sini aku bukanlah nak galakkan korang untk dok luar, aku just kongsi pandangan aku dan pendapat aku mengenai Dok kamsis dan dok luar, so sebagai Seorang pelajar yang pernah mengalami kedua-dua situasi ni aku cuba unti=uk berkongsi pengalaman aku kepada korang untuk dijadikan renungan bersama.

Macam mana pula dengan pandangan korang? Dok kamsis or Dok luar lagi Best?

Wednesday, August 10, 2011

Senarai Subjek DDV



Assalam

 Hari ini aku nak berkongsi dengan korang mengenai Senarai Subjek Yang akan korang belajar bagi pelajar yang mengikuti Jurusan Pengajian Video & Filem or DDV Di Jabatan Rekabantuk & Komunikasi Visual (JRV) 





Mungkin ada sebahagian daripada subjek kat bawah ni telah diubah namanya atau dimansuhkan

Course Name
Art History
Co-Curricullum 1 & 2
Communicative English 1. 2 & 3
Computer Application
Fundamental Of Art & Design
Fundamental Of Drawing
Islamic Education 1 & 2 *
Moral Education 1 & 2 **
Occupational Safety and Health 1 & 2
Photography 1
Script Writing
Soft Skills
Audio Video Technology
Cinematography
Co-Curricullum 1 & 2
Creative Thinking
Digital Imaging
Entrepreneurship
Introduction To Video Production
Islamic Education 1 & 2 *
Moral Education 1 & 2 **
Occupational Safety and Health 1 & 2
Storyboarding
Communicative English 1. 2 & 3
Editing & Compositing
Film Studies
Islamic Civilization
Video Production In Advertising
Industrial Training
Acting & Directing
Comic Illustration
Communicative English 1. 2 & 3
Design Research
Event Management
Motion Graphic
Music Appreciation
Painting
Production Design
Sound Design
Video Production In Drama
Visual Merchandising
Broadcast Studies
Portfolio & Presentation Techniques
Video Media Project





Nuffnang