Nuffnang

Followers

Thursday, July 7, 2011

Unit Kediaman Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Assalam.



Entri pada kali ini merupakan mengenai Unit Kediaman Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.


Unit Kediaman Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin



Unit Kediaman Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mula beroperasi pada 16 Jun 2004. Unit Kediaman Pelajar PTSS kini diterajui oleh Ustaz Hasminuddin bin Hashim sebagai Pengetua Asrama. Kamsis PTSS setakat ini menyediakan tempat penginapan (asrama) kepada hampir 90% daripada jumlah pelajarnya. Terdapat 4 blok kamsis putera iaitu A2,A3,A4,A5 dan 6 blok kamsis puteri iaitu B1,B2,B3,B4,B5,B6 disediakan. Setiap blok boleh menempatkan seramai 360 orang pelajar. Ini bermakna seramai 3600 orang pelajar boleh menduduki kamsis dalam satu-satu masa.

Dua buah kafeteria yang terdiri daripada 8 buah gerai yang berasingan dibina dalam kawasan kamsis. Setiap blok kamsis dilengkapi dengan berbagai kemudahan seperti bilik dobi, bilik rekreasi, pantry, surau, wifi, televisyen, mesin air RO, mesin basuh automatik dan sebagainya. Selain itu, di sekitar kawasan asrama terdapat sebuah Pusat Islam, tempat riadah, wakaf, sebuah koperasi, cyber café, gelanggang sukan, gym, tasik, pondok telefon dan lain-lain. Terdapat dua jenis bilik di blok asrama iaitu bilik yang menempatkan 4 orang pelajar dan 2 orang pelajar. Setiap pelajar dibekalkan dengan kemudahan asas seperti katil, tilam, meja belajar, kerusi , lampu belajar, dan almari pakaian. Setiap penghuni kamsis mestilah mematuhi peraturan-peraturan kamsis yang ditetapkan dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Pengurusan Kamsis dan Jawatankuasa Pelajar Kamsis.

Bagi pelajar yang berminat untuk menduduki kamsis pada semester akan datang, mereka dikehendaki memohon melalui borang permohonan asrama yang yang boleh dimuat turun dari laman web PTSS dan menghantarnya bersama kad aktiviti pelajar di Pejabat Asrama atau Pejabat Warden tetapi bagi pelajar baru Semester 1 dan Diploma Integrasi tidak perlu memohon kerana kemudahan asrama disediakan secara automatik bersama tawaran pengajian di PTSS. Kamsis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin diletakkan di bawah 2 pengurusan yang terdiri daripada:



PENYELIA ASRAMA

Bertanggungjawab kepada pentadbiran asrama, keselamatan bangunan kamsis serta kelengkapan peralatan di tempat tinggal pelajar. Pengawasan penyediaan makanan serta keseluruhan kebersihan persekitaran kawasan Kafeteria. Bertanggungjawab kepada kebersihan tempat tinggal pelajar dan bilik-bilik mandi serta kebersihan dan keceriaan kawasan asrama.

* Waktu Urusan
+ 8 pg – 1 ptg dan 2 – 5 ptg ( Isnin – Khamis )
+ 8 pg – 12.15 tgh dan 2.45 – 5 petang (Jumaat)



WARDEN ASRAMA

Bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan serta kebajikan setiap pelajar. Mengadakan aktiviti serta program yang berfaedah bagi menambah ilmu pengetahuan dan membina akhlak pelajar untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia.

Warden asrama bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan serta kebajikan setiap pelajar selepas waktu pejabat penyelia asrama manakala waktu urusan pejabat warden dari 9 – 11 malam.

Sumber : http://kamsisptss18.blogspot.com

2 comments:

  1. pernah menginap kat kamsis ptss 1 hari. blok kamsis korang banyak gile. da r tinggi2. tp sronok :)

    ReplyDelete
  2. saya baru nak masuk ke ptss jun nie.hope berjalan dengan lancar....

    ReplyDelete

Nuffnang