Nuffnang

Followers

Wednesday, July 6, 2011

Asrama/Kamsis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Assalam

Entri pada kali ini akan mengisahkan mengenai Asrama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Asrama ataupun lebih dikenali sebagai Kamsis dikalangan penuntut Politeknik merupakan satu tempat dimana para pelajar yang sedang menuntut di politeknik tinggal.

Bagi sesetengah mungkin ianya mengembirakan, namun ada juga sesetengah pelajar yang mengganggapnya sebagai satu mimpi ngeri ketika tinggal dikamsis. dan pastinya ada pelajar yang terpaksa tinggal dikamsis berikutan kekurangan wang untuk tinggal dirumah sewa.

Mengikut dari pengalaman aku sendiri, tinggal di kamsis ini satu pengalaman yang sangat unik dan merupakan pengalaman pertama aku tinggal di asrama, kerana sebelum ini aku tidak pernah duduk di asrama.

Banyak perkara yang aku belajar semasa tinggal dikamsis atau asrama. Aku berjaya bertahan di asrama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin selama 2 Semester. Lebih kurang 1 tahun. Pengalaman yang menyeronokkan bagi aku.

Pendapat aku mengenai Kamsis atau asrama di Politeknik

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai. Asrama/Kamsis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin merupakan Asrama/Kamsis yang paling besar di Malaysia setakat ini. Maknanya aku sangat bertuah dan beruntung kerana dapat tinggal disitu untuk tempoh 2 penggal. Kamsis Politeknik dapat menampung seramai 3600 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Unit Kediaman Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mula beroperasi pada 16 Jun 2004. Unit Kediaman Pelajar PTSS kini diterajui oleh Ustaz Hasminuddin bin Hashim sebagai Pengetua Asrama. Kamsis PTSS setakat ini menyediakan tempat penginapan (asrama) kepada hampir 90% daripada jumlah pelajarnya. Terdapat 4 blok kamsis putera iaitu A2,A3,A4,A5 dan 6 blok kamsis puteri iaitu B1,B2,B3,B4,B5,B6 disediakan. Setiap blok boleh menempatkan seramai 360 orang pelajar. Ini bermakna seramai 3600 orang pelajar boleh menduduki kamsis dalam satu-satu masa.


Ustaz Hasminuddin bin Hashim

Ustaz Hasminuddin bin Hashim siapa yang tidak kenal dengan beliau?
aku rasa siapa yang tidak mengenali beliau mesti tidak pernah duduk kamsis ataupun dia tidak pernah pergi ke Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Kenapa aku berani membuat kenyataan sedemikian?
kerana Ustaz Hasminudin ini merupakan seorang yang amat disegani oleh Para Pelajar PTSS. Dan diantara Pensyarah yang paling Tegas dalam mengajar Anak didiknya.

2 comments:

  1. hahaha memang xde keje la ko ni...

    ReplyDelete
  2. ni politeknik arau ea?ustaz hasminuddin tu kelakar x dalam bg ceramah ke?

    ReplyDelete

Nuffnang