Nuffnang

Followers

Sunday, July 24, 2011

Expermental Lightning Ball

Assalam

Kalau semalam aku post pasal Light Saber, Hari ini aku nak post Footage Expermental Lightning Ball. Footage ini juga di edit olh Sahabat aku yang sangat talented dalam Edit mengedit ni iatu Mustafa Kamal Ismail. Aku just jadi talent n just tambah bunyi sikit-sikit.

video


Saturday, July 23, 2011

Experimental Footage Lightsaber (Guna Penyapu je)


Assalam,

Hari ini aku nak upload Experimental Lightsaber yang dihasilkan oleh Mustafa Kamal, Dia ni memang seorang yang sangat talented dalam editing ni. So dikala boring2 n tgh belom bzy sangat ni, kami pown record la satu Footage then edit la. Walaupown x de pedang sebenar, Penyapu pun jadi la..hahaha.. So lihat la hasil yang tak seberapa ni.

video

Thanks to Mustafa Kamal.

Friday, July 22, 2011

Senarai Jabatan Di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Assalam

Hari ini aku nak post mengenai Senarai Jabatan di PTSS



POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

MEMPUNYAI KAPASITI REKABENTUK UNTUK SERAMAI 3600 ORANG PELAJAR. PADA MASA INI TERDAPAT ENAM BUAH JABATAN AKADEMIK DAN DUA JABATAN SOKONGAN SEPERTI BERIKUT :

-JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

-JABATAN HOSPITALITI

-JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

-JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

-JABATAN PERDAGANGAN

-JABATAN REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

-JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER

-JABATAN PENGAJIAN AM

LATAR BELAKANG POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN


Assalam



Pada post kali ini aku nak terangkan mengenai Latar Belakang Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.


POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN MERUPAKAN POLITEKNIK KE-18 DITUBUHKAN OLEH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. KAMPUS TETAP POLITEKNIK TERLETAK DI ULU PAUH, ARAU PERLIS. KAWASAN SELUAS 128 EKAR INI DAHULUNYA MERUPAKAN LADANG GETAH. KAMPUS POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN LEBUHRAYA CHANGLUN-KUALA PERLIS. LEBUHRAYA TANPA TOL INI BERSAMBUNGAN DENGAN LEBUHRAYA UTARA-SELATAN ( LEBUHRAYA PLUS ) BERHAMPIRAN BANDAR CHANGLUN ( ARAH KE BUKIT KAYU HITAM ). KAWASAN KAMPUS TERLETAK 10 KM DARIPADA BANDAR CHANGLUN ( KEDAH ), 10 KM DARIPADA BANDAR DIRAJA ARAU DAN 20 KM DARIPADA BANDAR KANGAR.

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN MULA BEROPERASI PADA 16 MEI 2003 DENGAN STAF AKADEMIK DAN PENTADBIRAN MENUMPANG DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN, BANDAR DARUL AMAN JAYA, JITRA, KEDAH. PADA MASA ITU POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN TIDAK MEMPUNYAI PELAJAR.

Tuesday, July 19, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang Version Hazieq Sanat

Assalam.

Hari ini aku nak post Video yang aku nyanyi dekat Politeknik Ungku Omar.
Aku menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang. Untuk pengetahuan korang, lagu ini merupakan lagu kegemaran aku, dan mungkin menjadi trademark aku. Sebab dimana sahaja aku pergi atau menyanyi pasti aku akan menyanyikan lagu ini.

video

Tempo ngan pitching lari sikit ar...

Thursday, July 14, 2011

Cerita Hantu di PTSS Part 1

Assalam



Hari ini aku akan bercerita mengenai hantu yang terdapat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Perlis.

Banyak cerita yang aku dengar mengenai Hantu di PTSS ni. Biasalah setiap asrama mesti ada kisah Hantunya yang tersendiri. Begitu juga dengan Asrama atau lebih dikenali sebagai Kamsis dikalangan Pelajar PTSS or mybe warga Politeknik.

Di Asrama/Kamsis aku tidak pernah digangu atau ada pengalaman mengenai Hantu ni walaupun banyak cerita yang aku dengar.

Sebenarnya aku buat entri pada kali ini kerana ada orang cari cerita Hantu di PTSS / cerita Hantu di Polteknik Tuanku Syed Sirajuddin. So aku pon tergerak hati untuk menulis mengenainya.

Aku memang tidak ada pengalaman dalam hal ini, cuma aku pernah mengendalikan kes Histeria yang berlaku masa MSK/PLK or sebagainya.

Memang satu pengalaman yang mengamparkan dan mendebarkan.Sekarang ni aku sedang mengumpulkan cerita-cerita tersebut. Aku akan Ceritakan pada Post akan datang.

Thursday, July 7, 2011

Unit Kediaman Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Assalam.



Entri pada kali ini merupakan mengenai Unit Kediaman Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.


Unit Kediaman Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin



Unit Kediaman Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mula beroperasi pada 16 Jun 2004. Unit Kediaman Pelajar PTSS kini diterajui oleh Ustaz Hasminuddin bin Hashim sebagai Pengetua Asrama. Kamsis PTSS setakat ini menyediakan tempat penginapan (asrama) kepada hampir 90% daripada jumlah pelajarnya. Terdapat 4 blok kamsis putera iaitu A2,A3,A4,A5 dan 6 blok kamsis puteri iaitu B1,B2,B3,B4,B5,B6 disediakan. Setiap blok boleh menempatkan seramai 360 orang pelajar. Ini bermakna seramai 3600 orang pelajar boleh menduduki kamsis dalam satu-satu masa.

Dua buah kafeteria yang terdiri daripada 8 buah gerai yang berasingan dibina dalam kawasan kamsis. Setiap blok kamsis dilengkapi dengan berbagai kemudahan seperti bilik dobi, bilik rekreasi, pantry, surau, wifi, televisyen, mesin air RO, mesin basuh automatik dan sebagainya. Selain itu, di sekitar kawasan asrama terdapat sebuah Pusat Islam, tempat riadah, wakaf, sebuah koperasi, cyber café, gelanggang sukan, gym, tasik, pondok telefon dan lain-lain. Terdapat dua jenis bilik di blok asrama iaitu bilik yang menempatkan 4 orang pelajar dan 2 orang pelajar. Setiap pelajar dibekalkan dengan kemudahan asas seperti katil, tilam, meja belajar, kerusi , lampu belajar, dan almari pakaian. Setiap penghuni kamsis mestilah mematuhi peraturan-peraturan kamsis yang ditetapkan dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Pengurusan Kamsis dan Jawatankuasa Pelajar Kamsis.

Bagi pelajar yang berminat untuk menduduki kamsis pada semester akan datang, mereka dikehendaki memohon melalui borang permohonan asrama yang yang boleh dimuat turun dari laman web PTSS dan menghantarnya bersama kad aktiviti pelajar di Pejabat Asrama atau Pejabat Warden tetapi bagi pelajar baru Semester 1 dan Diploma Integrasi tidak perlu memohon kerana kemudahan asrama disediakan secara automatik bersama tawaran pengajian di PTSS. Kamsis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin diletakkan di bawah 2 pengurusan yang terdiri daripada:



PENYELIA ASRAMA

Bertanggungjawab kepada pentadbiran asrama, keselamatan bangunan kamsis serta kelengkapan peralatan di tempat tinggal pelajar. Pengawasan penyediaan makanan serta keseluruhan kebersihan persekitaran kawasan Kafeteria. Bertanggungjawab kepada kebersihan tempat tinggal pelajar dan bilik-bilik mandi serta kebersihan dan keceriaan kawasan asrama.

* Waktu Urusan
+ 8 pg – 1 ptg dan 2 – 5 ptg ( Isnin – Khamis )
+ 8 pg – 12.15 tgh dan 2.45 – 5 petang (Jumaat)



WARDEN ASRAMA

Bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan serta kebajikan setiap pelajar. Mengadakan aktiviti serta program yang berfaedah bagi menambah ilmu pengetahuan dan membina akhlak pelajar untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia.

Warden asrama bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan serta kebajikan setiap pelajar selepas waktu pejabat penyelia asrama manakala waktu urusan pejabat warden dari 9 – 11 malam.

Sumber : http://kamsisptss18.blogspot.com

Nuffnang